Gadis Beli Patung Khinziir, Reaksi Mak Pula Buat Terhibur

Wanita biasanya sangat pantang setiap kali melihat barangan comel seperti patung dengan watak kegemaran mereka. Seperti yang dikongsi oleh gadis ini apabila dia telah membeli patung khinzir dengan rekaan yang comel, tetapi lain pula yang berlaku pada akhirnya.

Memandangkan khinzir adalah binatang yang dikategorikan haram bagi mereka beragama Islam, ibu gadis ini telah melakukan satu ‘pembedahan’ pada patung berkenaan untuk mengubahnya. Malah video berkenaan juga viral dikongsikan apabila ianya meraih hampir 2 juta tontonan setakat ini.

@qissnaa#fyp #indonesia #FeelTheHIITSubwayMY #viral♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Di dalam video yang dikongsikan itu, gadis tersebut berkongsikan pengalaman gembiranya apabila menjumpai patung comel berkenaan di sebuah kedai. Dia kemudiannya membeli patung khinzir berwarna merah jambu itu dan juga berkongsikan reaksi terujanya.

Tetapi kegembiraannya tidak bertahan lama apabila si ibu kemudian mula membuang hidung patung berkenaan dan menjahitnya semula. Lebih melucukan, patung tersebut akhirnya kelihatan seperti ikan keli kerana rupanya yang kini sudah berubah.

a

Tidak hanya hidung, tetapi telinga pada patung berkenaan juga turut sama dibuang pada akhirnya. Melihatkan pada rupa dan penampilan terkini patung tersebut, ia juga kelihatan sangat berbeza dengan rupa asal patung itu ketika pertama kali membelinya dahulu.

Di ruangan komen, warganet juga sama terhibur melihat penampilan patung tersebut setelah menjalani ‘pembedahan’. Ada juga yang bergurau dan berseloroh tentang rupa terkini patung itu yang langsung tidak sama dengan yang dibelinya bahkan mempunyai rupa yang pelik dan disamakan pula dengan ikan keli.

“Ikan keli kemam bibir.”

a

“Lah macam mak aku…”

a

“Terus kena operate hidung…”

a

“Aku tak tahu nak nangis ke nak gelak.”

a

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.