(VIDEO) Wanita Sambut ‘Birthday’ Seorang Diri, Pelanggan Lain ‘Join’ Temankan Buat Ramai Sebak – “Senyumannya adalah segalanya..”

SEPI mempunyai pelbagai maksud tetapi umumnya menggambarkan perasaan hampa, sunyi, tiada kehidupan sosial serta mengalami tekanan.

Norma baharu akibat pandemik juga banyak mengubah gaya hidup seseorang sehinggakan timbul rasa sunyi dalam diri. Kita perlu sedar bahawa hidup dalam kesepian ini tidak bagus untuk pemikiran dan kesihatan seseorang.

Bagi sesetengah individu, sambutan hari lahir adalah sesuatu yang penting dan perlu diraikan setiap tahun untuk menunjukkan penghargaan terhadap orang yang kita sayang.

Namun kebanyakannya tidak begitu mengambil peduli tentang sambutan hari lahir mereka sama ada kerana menganggap amalan itu hanya untuk kanak-kanak, mahupun kerana tiada masa untuk terlalu memikirkan tentang diri sendiri.

(VIDEO) Wanita Sambut'Birthday' seorang diri, pelanggan lain datang temankan buat ramai terharu -“Senyumannya adalah segalanya..”

Namun kadang kala tentunya kita rasa seperti kita wajar mendapat ganjaran pada hari istimewa itu dengan keluar makan bersama keluarga mahupun membeli sepotong kek untuk diri sendiri.

Itulah juga yang dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular ini di mana seorang wanita dilihat menyambut hari jadinya seorang diri di sebuah kedai makan.

Dalam video yang telah meraih 1.6 juta tontonan di Twitter, wanita tersebut dilihat duduk seorang diri di sebuah meja dengan sekotak kek.

Dia kemudian dilihat memejamkan mata untuk membuat permintaan di dalam hati, sebelum menyanyikan lagu hari jadi untuk dirinya sambil menepuk tangan dengan bersemangat.

Pekerja dan pelanggan lain yang melihat wanita tersebut keseorangan datang ke mejanya untuk menemani serta menyanyikan lagu hari jadi untuknya membuat wanita itu sebak, malah netizen juga terharu melihat adegan berkenaan.

“Senyumannya adalah segala-galanya…”


‘Ada orang yang baik di dunia ini…”

“Faham apa yang dia lalui…”

PADA satu ketika dalam kehidupan kita, pasti akan wujud perasaan sunyi dan sepi. Ia adalah satu masalah serius yang perlu diberi perhatian.

Anda juga boleh masih merasa sepi walaupun ramai orang berada disekeliling anda.

Ia ibarat berada di dalam bilik yang gelap. Anda ada dikalangan ribuan orang, tetapi tiada siapa yang menyedari kewujudan anda..

.. membuatkan anda percaya anda tidak bermakna buat sesiapa pun.

Kaedah paling mudah adalah untuk merawat masalah ini adalah menggunakan media sosial seperti facebook untuk berinteraksi dengan orang lain dalam kehidupan seharian.

Untuk mengatasi rasa sunyi dan kesepian, kita perlu merasakan bahawa diri kita penting, dan orang lain mengambil berat tentang apa yang kita lakukan dan katakan.

Dan dengan media sosial (atau pun blog), jika anda mempunyai ramai pengikut atau kawan, dan aktif berinteraksi dengan mereka…

.. ia boleh memberi anda ‘perasaan’ tersebut.

Dan dengan cara ini, sedikit sebanyak akan mengurangkan rasa kesepian anda.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HCL

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.