“Allah kesiannya..baby dikeluarkan,pasni rasanya ibu akan disuruh meniarap untuk dapat bacaan oksigen lebih bagus. Boleh bayangkan tak meniarap dgn luka czer? Semoga Allah sembuhkan Sarah😭”

Sehubungan dengan perkembangan terkini Sarah itu, satu majlis bacaan Yasin telah diadakan pada jam 12.30 tengah hari tadi untuk mendoakan kesejahteraan Sarah yang kini sedang hamil 7 bulan.

Majlis bacaan Yasin telah diketuai oleh Imam Muda Asyraf.

Asyraf turut berpesan kepada Shuib supaya sentiasa bersangka baik, menjaga kesihatan diri kerana dia masih ada anak-anak yang lain.

“Tenangkan semua ahli keluarga sebagai ketua keluarga,” nasihat Asyraf.

Sebaik sahaja tamat bacaan Yasin, doktor memaklumkan paras  oksigen Sarah semakin baik dan akan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan jam 2 petang hari ini.

“Alhamdulillah, Shuib baru menghubungi saya. Katanya, sebaik habis sahaja bacaan Yassin tengah hari tadi, doktor hubungi dia dan beritahu keadaan Sarah makin stabil.

“InsyaAllah jam 2 petang ini doktor akan buat pembedahan keluarkan bayi. Kalau pembedahan ini berjaya, insya-Allah semuanya okey. Insya-Allah Sarah akan okey,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom memaklumkan perkembangan terbaru.

Menurut Nana, dia berterima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yassin untuk kesejahteraan diri dan bayi dalam kandungan penyanyi itu.

“Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga. Insya-Allah dengan pembedahan terbabit dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” katanya.

Sekitar jam 12 tengahari, hari ini, Nana memaklumkan Sarah sudah ditidurkan dan memohon mendoakan yang terbaik buatnya.

Berikutan itu, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraannya, majlis bacaan Yassin diadakan yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

Terdahulu, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.

Sebelumnya, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.