Keluar Untuk Beli Peti Ais, Lelaki Ini Cerita Satu Persatu Ketika Dia Ditahan. Sekali Polis Kantoikan Pekerjaannya

Bilamana sudah menjadi rutin harian mengajar murid di sekolah, peranan dan sifat sebagai seorang guru sedikit sebanyak terbawa-bawa sampai di luar waktu kerja.

Begitulah situasi yang dihadapi oleh Muhammad Azhan Zaffuan Ramli, 33, apabila askar dan polis yang berkawal di satu sekatan jalan raya dapat meneka kerjayanya dengan tepat, hanya dengan menilai cara perbualannya.

Guru Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni itu mengatakan kejadian menghiburkan itu terjadi ketika dia dalam perjalanan untuk membeli peti ais dari Puncak Alam ke Setia Alam, Selangor, Selasa lalu.

Saya nak pergi beli peti ais dan perlu melalui roadblock. Jadi askar dan polis yang berkawal tanya saya nak ke mana?

Bila saya jawab, mereka tanya jika saya bekerja sebagai cikgu. Terkejut juga masa tu, macam mana mereka tahu saya kerja apa.

Kata polis tu, cikgu-cikgu je bila orang tanya satu, dia jawab banyak,” ujarnya secara berseloroh.

a

Jelas guru yang berasal dari Perak itu, beliau sememangnya sudah terbiasa memberikan penjelasan secara terperinci di dalam kelas untuk memberi kefahaman penuh kepada pelajarnya.

Tanpa disedari, sikap tersebut telah menjadi sebahagian dari dirinya, sebati dan juga terbawa-bawa hingga di luar kelas.

Cari peti ais dari Puncak Alam tak jumpa-jumpa

Bercakap mengenai kisah peti ais yang tersebar itu, Azhan mengatakan bahawa dia keluar ingin membeli kelengkapan tersebut sebelum tiba bulan Ramadan tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, beliau telah mencari peti ais di kawasan berhampiran rumah di sekitar Puncak Alam, Selangor tetapi gagal menemui yang sesuai dengan citarasa.

Mula-mula memang janggal. Dah terbiasa berhadapan dalam kelas, sekarang hadap skrin je. Guru-guru harus cari jalan bagaimana nak sampaikan pengajaran.

Sebelum ni ada peti ais, tapi kawan saya dah berpindah rumah. Jadi mereka dah bawa keluar peti ais tu.

Saya cari online, tapi delivery agak lambat. Dah dekat puasa ni, nak simpang barang, nak masak lagi.

Bila saya jelaskan, pihak berkuasa pun faham dan mereka benarkan perjalanan saya. Tapi tetap tak jumpa peti ais bersesuaian semalam,” ujarnya lagi.

Bercakap mengenai keadaan terkini pelajarnya , Azhan berkata kelas dalam talian berjalan lancar walaupun tidak semua murid dapat menghadiri kelasnya.

Menurut Azhan lagi, hal tersebut menjadi cabaran bagi golongan guru terutama untuk mengajar dalam persekitaran penuh terhad dan tidak ada interaksi langsung seperti di dalam bilik darjah sebelum ini.

Interaksi jadi terbatas. Kalau nak banding dengan pengajaran dalam kelas, memang berbeza.

”Mula-mula memang janggal. Dah terbiasa berhadapan dalam kelas, sekarang hadap skrin je.

Guru-guru harus cari jalan bagaimana nak sampaikan pengajaran, pada masa sama tidak membebankan murid dan keluarga mereka,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, posting Azhan di Twitter sehingga kini menerima hampir 27,000 ulang kicau (Retweet). Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen mereka di posting itu.

Bayangkan berapa banyak cikgu yang abang polis tu dah jumpa sampai boleh teka dengan tepat macam tu?

”Ni cikgu yang rindu nak terang kat kelas. Last-last dia terang panjang lebar kat polis.

Saya bukan cikgu. Tapi jenis saya macam ni juga, suka jawab jenis explain. Hahaha menurun dari ayah saya sebenarnya. Ayah pensyarah,” ujar beberapa netizen.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

One comment

  1. Ini pengalaman saya sendiri. Saya ke pejabat KWSP dan tanya pasal kalau ada baki saya dengan tabung itu kerana nak urus hal persaraan. Dalam sepanjang perbincangan itu dia cakap kamu cikgu kan? Macamana awak tahu saya cikgu? Kebanyakan pelanggan yg datang berinteraksi dengan kami dengan cara yang konsisten, peramah dan sopan serta berhemah macam awaknilah sebab itu saya agak awakni cikgu. Lain department katanya tunjuk ego, tak sabar dan banyak komen negatif dan tunjuk marah bila x puas dengan penjelasan kami katanya. Tapi begitulah sikap dan gaya seorang cikgu kita bercakap dengan penuh berwaspada agar sipendengar faham dan terima cara kita dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.