Cucu Ulama Tersohor Tok Ku Paloh Berusia 103 Tahun Meninggal Dunia

Tokku Paloh: Ulama Kemerdekaan Terengganu

Beliau antara ulama tersohor di Terengganu bersama barisan ulama yang lain. Peranan beliau bukan sekadar merangkumi perkembangan dakwah dan pendidikan agama di Terengganu, malah turut memberi sumbangan besar dalam mencetuskan semangat anti-penjajah serta membantu memelihara kedaulatan negeri Terengganu.

Kehebatan Tokku Paloh dalam aktiviti penyebaran agama Islam pada abad ke-19 di Terengganu telah diakui oleh banyak pihak, berdasarkan jumlah pelajar yang datang berguru dengan beliau, termasuklah Sultan Zainal Abidin III pada waktu itu. Keperibadian beliau yang lemah-lembut, sopan serta sabar dengan gelagat para pelajar yang datang adalah antara faktor utama beliau begitu disenangi ramai.

Selain daripada menyampaikan syarahan agama, Tokku Paloh turut mendokumentasikan ilmu dimilikinya melalui penulisan beberapa buah kitab. Dalam hal ini, beliau banyak dipengaruhi oleh bapanya sendiri, Tokku Tuan Besar yang aktif dalam aktiviti penulisan bahan-bahan ilmiah dan kitab-kitab agama. Berdasarkan sejarah, hasil karya penulisan dan buku yang telah dihasilkan Tokku Tuan Besar berjumlah 11 buah kesemuanya.

Berdasarkan catatan sejarah, Tokku Paloh pernah berkahwin dengan kekanda Sultan Zainal Abidin III, iaitu Tengku Andak, tetapi dipercayai meninggal dunia di Mekah dan tidak dikurniakan zuriat. Syed Mohd Zain (adik-beradik Tokku Paloh) pula berkahwin dengan Syarifah Fatimah, iaitu anak saudara Baginda Sultan Omar. Tokku Embung pula mengahwini anak saudara Sultan Zainal Abidin III, iaitu Engku Nong.

Tokku Paloh juga memberikan perlindungan dan semangat kepada para penentang penjajah yang terlibat dalam Pemberontakan Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau setelah mereka berundur dan hampir menyerah diri apabila mengalami tekanan dari kerajaan. Beliau juga memberikan bantuan kepada 200 orang penduduk Terengganu dan Kelantan bagi membantu para pejuang Pahang menggempur dan menyerang British hingga berjaya menawan kubu British di Jeram Ampai, Pahang.

Sokongan Sultan terhadap Tokku Paloh telah membangkitkan lagi semangat rakyat setempat untuk mempertahankan agama dan tanahair. Disebabkan inilah, sewaktu pemerintahan Sultan Zainal Abidin III yang bergandingan dengan penasihatnya Tokku Paloh di Terengganu, kerajaan Terengganu menjadi negeri terakhir yang dijajah oleh British di Tanah Melayu.

Cucu Ulama Tersohor Tok Ku Paloh Berusia 103 Tahun Meninggal Dunia

Cucu kepada ulama tersohor Terengganu, Allahyarham TokKu Paloh, Tuan Lok Lok Syed Saggaf meninggal dunia di kediamannya di Kampung Gong Kapas, di sini pada Selasa.

Anak kepada sepupu arwah, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, generasi ketiga Tokku Paloh itu yang kini berusia 103 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.35 pagi akibat sakit tua.

“Allahyarhamah merupakan cucu tertua almarhum Tokku Paloh.

Walaupun usianya sudah lebih 100 tahun tapi arwah masih dapat mengingati dan membaca al-Quran dengan baik.

“Arwah tidak ada apa-apa penyakit, cuma sakit tua dan ejnazah arwah akan disemadikan di kawasan perkuburan Makam Tokku Paloh pada petang nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Almarhum Tokku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman Muhammad al-Idrus merupakan seorang ulama ketika era pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dan juga pejuang kemerdekaan.

Tokku Paloh lahir pada tahun 1817 dan meninggal dunia pada September 1917.

VlDEO:

Pada Yang Membaca Minta Jasa Baik Untuk Tinggalkan Komen Untuk Lebih Ramai Nampak Artikel Ini

Sumber: SH & patriot

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.