Catriona Ross Mahu Anak-Anak KJ Divaksin Dan Disiarkan Di TV

” Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COViD-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.”

Demikian kenyataan dari Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di laman media sosial Twitter.

Menurut laporan Astro Awani baru-baru ini,  menyatakan bahawa Kanak-kanak berumur 5-12 tahun akan diberi suntikan Pfizer.

Khairy Jamaluddin turut memaklumkan, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan dipertimbangkan untuk pemberian vaksin terhadap golongan itu.

” 82.4% daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62% telah lengkap 2 dos.”

” Ini bermakna pembukaan semula sekolah dengan selamat.”

” Dengan Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pf1zer untuk 5 hingga 12 tahun, Malaysia juga akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak.” katanya.

Khairy bagaimanapun tidak menyatakan bilakah tarikh vaksinasi CoViD-19 akan mula diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 5 hingga 12 tahun.

Berkongsi infografik mengenai berita itu di Instastory, Catriona menulis, ” Mungkin rakyat Malaysia mahu melihat anak-anak anda divaksin di saluran tv nasional dulu”.

Catriona Ross Mahu Anak-Anak KJ Divaksln Dan Disiarkan Di TV!

Pandangan yang sama turut diluahkan wargamya dalam ruangan komen Instagram Buletin TV3, yang menuntut anak anak menteri disuntik vaksin secara langsung di saluran televisyen.

Catriona Ross Mahu Anak-Anak KJ Divaksln Dan Disiarkan Di TV!

Dalam pada itu, ada juga yang berpandangan dan menganggap usaha seperti itu tidak mendatangkan kesan.

” Kalau anak-anak KJ diberi suntikan vaksin secara live, confirm ke ramai nak mengikut jejak dia benarkan anak masing-masing mendapatkan suntikan vaksin? Sudah berapa ramai yang buat live semasa mengambil suntikan vaksin tetapi masih ramai juga yang enggan mengambil suntikan vaksin. Sebaliknya golongan sebegini lebih suka dengar rumors,” kata Gumball.

Untuk makluman, Panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer-Biontech CoViD-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dengan menyatakan manfaat suntikan itu melebihi risikonya.

Malaysia telah memulakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun pada 20 September tahun lalu.

Remaja yang telah melengkapkan vaksin mencecah 62 peratus atau 1,951,450 daripada populasi tersebut.

Manakala seramai 82.4 peratus atau 2,592,048 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sumber:Cari

Check Also

Terbaring Akibat Serangan J4ntung, Pian Cecupak Meninggal Dunia. Ini Lokasi Dia Ditemui. Al Fatihah

PELAWAK terkenal Pian Cecupak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira jam 8 malam Rabu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.