Ketumbuhan Merebak Dan Mudah Berdarah, Bayi Derita Kanser Otak Tahap 4 ‘Pergi’ Selamanya.

Seorang bayi lelaki yang menghidap kanser otak tahap 4 telah meninggal dunia semalam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah tumor dan ketumbuhan di kepalanya semakin merebak. Ibunya, Nurul Asyikin Mustafa, 26, berkata anaknya, Muhammad Adam Zikri Mohamad Zainal, 12 bulan, meninggal dunia dalam pelukan di pangkuannya pada pukul 2.25 petang semalam.

“Pada pukul 12.46 tengah hari, doktor telah hubungi saya memberitahu bahawa oksigen anak semakin menurun hingga ke paras 100 manakala keadaannya kritikal dan nazak serta meminta kami datang ke hospital.

“Pada 8 Ogos lalu, doktor melakukan imbasan dan pemeriksaan di kepalanya mendapati ketumbuhan dia telah merebak dan mudah berdarah. Dia sudah 3 kali menjalani rawatan kimoterapi tetapi tidak berkesan,” katanya yang tinggal di Kampung Nawa, Pokok Sena dekat sini.

Ibu kepada 2 anak itu mengatakan bahawa Adam Zikri sepatutnya menjalani pembedahan menebuk leher minggu lalu untuk membantu pernafasannya tetapi 2 kali ditunda kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Katanya, sebelum ini dia dan suami, Mohamad Zainal Mohd Khamis, 29, menaruh harapan berharap agar anak mereka akan dibenarkan pulang selepas pembedahan terbabit tetapi tidak kesampaian.

“Pembedahan dilakukan agar Adam Zikri tidak perlu bergantung pada paip yang dimasukkan ke dalam mulutnya kerana doktor bimbang akan berlaku jangkitan kuman. Sekiranya berjaya, doktor akan membenarkan anak kami pulang ke rumah setelah hampir 4 bulan dimasukkan ke unit Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HSB Alor Setar,” katanya

“Anak saya pergi ketika berada di pangkuan saya, saya dapat lihat dia sangat tenang ketika menghembuskan nafas terakhir.

“Sebagai ibu saya redha, dia telah lama menderita, Allah lebih menyayanginya. Terima kasih kepada banyak pihak yang telah membantu saya sekeluarga selama ini,”katanya.

Jenazah Adam Zikri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Menerong, Pokok Sena 6 petang semalam.

Sebelum ini, Adam Zikri dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HSB sejak 23 Mei lalu .

Pada 7 Julai lalu, media melaporkan pasangan suami isteri pilu melihat bayi lelaki mereka diuji menghidap penyakit kanser otak tahap keempat dan doktor menjangkakan dia dapat hidup setahun lagi.

Adam Zikri sudah menjalani dua kali pembedahan dan juga kimoterapi selepas penyakitnya itu dikesan pada 29 Mac lalu apabila mengalami demam berpanjangan dan muntah.

Bapanya, Mohamad Zainal, yang bekerja sebagai tukang rumah tidak mempunyai pendapatan tetap, selain anak sulung mereka Nur Arriana Zarrisha, 4, pula mengidap kanser tiriod sejak lahir.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga terbabit boleh menghubungi Nurul Asyikin di talian 017-4306631.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.