Connect with us

#vvip

Gunung Yang Akan Kita Lihat Di Syurga Kelak

SubhanAllah !!! Inilah Gunung Yang Akan Kita Lihat Di Syurga Kelak | Tahukah anda bahawa ternyata ada gunung di dunia yang nantinya boleh ditemui di syurga?

Dari sekian banyak bukit yang ada di bumi, gunung yang satu ini memang sangat istimewa.

Salah satu makhluk Allah tersebut menjadi saksi bisu terjadinya perang hebat yang pernah dilalui kaum muslimin.

Bahagian dalam gunung tersebut ada gua dahulunya pernah menjadi lokasi dimana Rasulullah SAW dan tiga sahabat Baginda bersembunyi ketika diburu oleh pihak lawan.

Gunung tersebut menjadi salah satu gunung dicintai oleh Kekasih Allah SWT. Untuk yang sudah menatap kemegahan gunung ini, mungkin akan boleh melihat semula di syurga. Persoalannya, gunung apakah itu?

Gunung yang dimaksudkan adalah Gunung Uhud. Bertempat di 7 kilometer dari Kota Madinah, gunung Uhud memiliki ketinggian sekitar 1,077 meter dan panjang bukit mencapai 6 kilometer.

Untuk individu yang menunaikan inadah Haji dan Umrah pasti berkesempatan untuk datang ke gunung Uhud. Rasulullah SAW bersabda: “Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga.” (H.R. Bukhari)

Menurut sebuah hadith, Rasulullah SAW juga meluahkan rasa cinta Baginda terhadap gunung ini. Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya.”
(HR Bukhari dan Muslim).

Gunung Uhud ternyata berdiri tegap dengan sendiri tanpa ada penyambungan dengan gunung lain seperti gunung lain yang ada di dunia.

Jikalau berlaku sebarang gangguan pada gunung sekitar, kesannya tidak akan berpengaruh pada Gunung Uhud.

Hal itu juga menjadikan masyarakat di Madinah melabel Gunung Uhud sebagai Jabal Uhud yang memberi maksud ‘gunung menyendiri‘. Gunung Uhud memiliki nilai sejarah yang besar bagi seluruh umat Islam.

Ia pernah menjadi saksi tidak bersuara sewaktu Rasulullah SAW dan para sahabat berjuang menentang kafir Quraisy dalam perang Uhud.

Perang itu berlaku pada tanggal 15 Syawal 3 Hijrah atau 23 Mac 625 Masihi. Ia merupakan peperangan berbentuk spiritual dan politik dimana tentera kaum muslimin berjumlah 700 orang menentang kaum Musyrikin Mekah berjumlah 3,000 orang.

Sewaktu peperangan itu, tentera Muslimin diberi pilihan antara kesetiaan pada agama dan cintakan harta dunia. Dilihat keadaan geografi gunung Uhud, tidak dinafikan betapa sukarnya peperangan yang tercetus.

Namun, di dalam perang tersebut, beratus sahabat Rasulullah SAW yang gugur termasuklah Hamzah Bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara Rasulullah SAW sendiri.

Kemudiannya, para syuhada dimakamkan di bukit Uhud. Rasulullah SAW berkata, walau pasukan Baginda ramai yang gugur, namun jasad mereka tetap mendapat perlindungan dari Yang Maha Esa.

“Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada di dalam burung hijau yang melintasi sungai syurga.

Burung itu memakan makanan dari taman syurga, dan tak pernah kehabisan makanan.

Para syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan keadaan kami kepada saudara kami bahawa kami sudah berada di syurga.“

Allah SWT menurunkan Kalamullah yang membawa maksud; Dan janganlah mengira bahawa orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati (QS 3: 169).

Kebenaran ditunjukkan setelah 40 perang berlalu, telah berlaku sebuah banjir besar yang memporak-perandakan dua makam syuhada iaitu Hamzah dan Abdullah bin Jahsyin.

Namun, kedua jasad para Syuhada kelihatan masih utuh dan seperti baru sahaja wafat. Mereka dikuburkan di lokasi lain sekitar kawasan Uhud.

Kini, Gunung Uhud menjadi tempat kunjungan para jemaah yang menunaikan ibadah Umrah dan Haji.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya