Gempar!!! Terkini, cikgu boleh dihukum jika berleter terhadap pelajar

Sejak kebelakangan ini timbul isu berhubung bentuk-bentuk hukuman terhadap perkara yang dibenarkan dan tidak boleh dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ini rentetan dari isu seorang guru telah menampar pelajar yang didakwa menganggu pelajar lain dan menghidu gam di kawasan sekolah seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini.

Ibu bapa pelajar terbabit tidak berpuas hati dan membawa kes berkenaan ke mahkamah untuk dibicarakan.

Kejadian ini menimbulkan isu dan persoalan orang ramai mengenai apakah bentuk-bentuk hukuman yang dilarang dan dibenarkan oleh KPM.

Jika seseorang pelajar itu melanggar disiplin di sekolah, apakah hukuman yang dikenakan kepada pelajar terbabit yang TIDAK dibenarkan oleh pihak KPM.

Di sini mari kita ketengahkan kembali senarai bentuk hukuman yang tidak dibenarkan atau dilarang oleh KPM untuk rujukan kita secara keseluruhan.

Senarai Bentuk Hukuman Ke Atas Pelajar Yang Dilarang Oleh KPM Di Sekolah

Daripada senarai ini kita bahagikan kepada 2 iaitu (a) bentuk hukuman fizikal dan (b) bentuk hukuman ke atas mental dan emosi pelajar.

A. Hukuman Terhadap Fizikal

1. Berdiri lama di tengah panas
2. Lari keliling padang
3. Berdiri lama dalam/ luar bilik darjah
4. Memukul diri sendiri/ sesama sendiri
5. Berdiri di atas kerusi atau meja

6. Menarik rambut atau telinga
7. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
8. Junjung kerusi atau buku
9. Cubit/ enjut/ ketuk ketampi/ mendada/ ketuk/ sekel kepala

B. Hukuman Terhadap Mental Dan Emosi

1. Gunting rambut
2. Berdiri membuat latihan
3. Berleter
4. Gantung tulisan di badan
5. Memalukan di khalayak ramai

6. Kelas tahanan pada waktu rehat
7. Memaki hamun
8. Conteng muka dengan kapur
9. Koyak Buku Latihan
10. Mengugut atau mengertak murid

11. Tidak menghiraukan murid
12. Tidak menanda buku latihan

Sebagai peringatan kepada cikgu-cikgu khususnya sekolah rendah yang akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka sepenuhnya bermula 22 November ini.

Berleter dalam kelas juga dilarang kerana ia merupakan salah satu bentuk hukuman yang akan menjejaskan dan memberi kesan kepada mental dan emosi pelajar.

Senarai yang dikeluarkan Unit Disiplin KPM ini adalah berdasarkan aduan yang diterima daripada ibu bapa yang tidak membenarkan guru-guru menyentuh dan menghukum anak-anak mereka.

Berhati-hatilah kerana hukuman undang-undang sudah sedia ada untuk menghukum guru yang cuba melawan arus kebiasaan.

Tugas guru sekarang hanyalah semata-mata menyampaikan ilmu dan tidak lebih daripada itu.

Ibu bapa pula merupakan orang yang paling rapat dan banyak bersama anak-anak dan tentunya mereka amat mengenali peribadi setiap anak-anak mereka.

Akhirnya, guru dan ibu bapa ada tanggungjawab masing-masing.

Jika ibu bapa memberi tanggungjawab kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka tentang akhlak dan adab, maka berilah autonomi kepada guru-guru untuk melakukannya selagi mana ianya tidak keterlaluan.

In shaa Allah peringatan ini adalah peringatan kepada diri sendiri sebagai seorang guru dan juga sebagai bapa kepada seorang pelajar.

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan.

Gemp̷ar!!! Bermul̷a es0k, guru b0leh dihukum sekir̷anya berleter terh̷adap murid

Jika kita lihat kembali senarai hukuman yang tidak dibenarkan di atas maka pada pemahaman biasa, ianya kelihatan seperti guru tidak boleh menjatuhkan apa-apa hukuman ke atas pelajar dan tugas guru adalah mengajar sahaja.

Mungkin tugas mendidik disiplin pelajar ini sepatutnya dipikul sepenuhnya oleh ibubapa. Sebenarnya ramai ibubapa yang tidak memperdulikan perkembangan disiplin anak-anak mereka kerana beranggapan tugas tersebut dibuat oleh guru di sekolah.

Jika ada ibubapa yang beranggapan demikian, andaian itu salah. Tugas mendidik disiplin anak-anak adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kelalaian ibubapa mengawal disiplin anak-anak mereka menyebabkan ramai remaja yang terjerumus ke aktiviti yang tidak sihat dan ini merugikan negara kerana generasi muda adalah aset masa depan negara.

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.