Padah Tidak Vakksin, Guru Ini Kecewa Apabila Pengurusan Sekolah Asingkan Dia. Guru Ini Kongsi Dimana Dia Diasingkan

Video seorang guru yang mendakwa beliau diasingkan pihak sekolah dalam sebuah bilik simpanan (stor) tukang cuci yang tersebar di media sosial mendapat pelbagai reaksi wargamya.

Rakaman berdurasi kira kira 3 minit itu mendapat perhatian di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama Asda Yanti Mh sejak semalam dan sehingga kini telah mencecah 1.2 juta tontonan.

Guru salah sebuah sekolah menengah di Ipoh berkenaan didakwa diasingkan oleh pihak sekolah ekoran beliau tidak menerima suntikan vakksin.

Rakaman tersebut menunjukkan pendidik terbabit melahirkan rasa kesal dengan layanan yang diberikan oleh pihak sekolah kepadanya.

Beliau pada asalnya ditempatkan di stor pendidikan jasmani, tetapi dipindahkan ke stor tukang cuci atas alasan stor pendidikan jasmani terletak di kawasan laluan dan mempunyai banyak peralatan sukan.

Katanya, bilik stor tukang cuci berkenaan hanya mempunyai meja dan kipas tetapi tidak mempunyai kerusi serta palam(plug) untuk kegunaan komputer riba dan sebagainya.

“Dinding bilik diperbuat daripada zink jadi saya masuk sekejap dan tidak tahan kerana sangat panas.

” Jadi sekarang saya duduk di dalam kereta ambil sedikit penghawa dingin sebab bilik itu terlalu panas dan tidak layak diduduki,” katanya.

Dalam pada itu, kebanyakan wargamya memberi maklum balas tindakan yang diambil pihak sekolah itu adalah wajar untuk melindungi pelajar dan guru yang telah divakksin.

Ada juga yang menasihati guru terbabit supaya menerima suntikan vakksin demi keselamatan semua dan keselesaan guru berkenaan.

Bagaimana pun ruang komen berkenaan telah ditutup pemilik akaun terbabit setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Video:

“Dah Dua Dos Pun Goyang Dengan Cikgu Tak V4ksin Ke?” – Rita Rudaini Komen Isu Guru Diasingkan Ke Dalam Stor Zink

Sebuah video viral seorang lelaki mengakui dirinya guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael, Ipoh, Perak mencuri perhatian pelakon Rita Rudaini.
Lelaki bernama Hafizan dalam video tersebut mendakwa dia diasingkan oleh pihak sekolah dan perlu menjalankan kerjanya dalam sebuah stor zink yang tidak selesa

Rita berkongsi video tersebut di ruangan Instagram Story beserta pandangannya.

“Aik? Dah kena dua dos pun goyang dengan cikgu tak v4ksin ke cik pengetua dan cikgu-cikgu lain?

“Nanti mati pegang bendera putih,” tulisnya.

Dalam video berkenaan, Hafizan juga mendakwa diberikan stor Pendidikan Jasmani pada mulanya namun disebabkan banyak barangan dan kawasan laluan, dia ditukarkan ke stor zink yang panas itu.

Padah Tidak Vakksin, Guru Ini Kecewa Apabila Pengurusan Sekolah Asingkan Dia. Guru Ini Kongsi Dimana Dia Diasingkan

Sementara dalam perkongsian sebelumnya, Rita menasihati golongan yang telah menerima v4ksinasi lengkap untuk berdisiplin dan telus selain mendapatkan dos penggalak bagi yang telah menerima temu janji.

“Korang yang dah fully vaccinated please la disiplin dan telus, jangan la ketegaq…

“Kes dah naik ni sebab korang ingkar temujanji booster,” tulisnya menerusi Instagram Story.

Rita turut menyertakan foto tangkap layar kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) yang mengatakan kadar kemasukan ke hospital sudah meningkat.

Dalam kenyataan sama, KJ turut menasihati orang ramai yang sudah menerima temujanji dos penggalak untuk pergi mendapatkannya.

Padah Tidak Vakksin, Guru Ini Kecewa Apabila Pengurusan Sekolah Asingkan Dia. Guru Ini Kongsi Dimana Dia Diasingkan

Guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh menyalahkan kementerian itu sekiranya mereka dikenakan tindakan disiplin susulan enggan divakksin selepas 1 November.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, setakat ini terdapat kira-kira 2,000 guru di seluruh negara masih belum berbuat demikian.

“Saya merayu dan berharap kepada mereka untuk segera tampil bagi menerima suntikan vakksin.

Katanya, pihaknya tidak mahu ibu bapa hilang kepercayaan dan keyakinan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

“Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap ibu bapa dan masyarakat. Justeru, mereka perlu memastikan ibu bapa yakin tentang keselamatan anak-anak mereka di sekolah,” katanya.

Sumber : Kosmo Online!

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.