Majikan Tersalah Masukkan Gaji, 2 Bekas Pekerja Enggan Pulangkan Semula Wang Dan Tidak Mahu Bekerjasama.

Adakah anda pernah salah transfer duit ke akaun bank orang lain?

Dengan perkembangan internet, pemindahan wang menjadi lebih mudah kerana orang ramai tidak perlu beratur di bank atau mencari mesin ATM berdekatan untuk mengirim wang kepada sesiapa sahaja.

Walau bagaimanapun, ada ketikanya anda mungkin tidak menyemak nama penerima dengan sebaiknya atau terlepas pandang akan nama penerima akaun sehinggalah anda sedar bahawa anda tersilap memindahkan ke akaun bank orang lain.

Dalam kes seperti ini, apakah yang anda boleh lakukan? Adakah terdapat lagi peluang untuk wang tersebut dikembalikan kepada anda?

Itulah yang terjadi kepada sebuah kilang di Pahang apabila pengurus sumber manusia syarikat itu tersalah masukkan duit gaji sebanyak RM5,161.48 dan RM2,138.08 ke dalam akaun dua orang pekerja yang telah berhenti 2 bulan sebelumnya.

Sejurus menyedari kesilapan itu, syarikat berkenaan telah menghubungi dua bekas pekerja itu untuk meminta mereka memulangkan semula wang yang mereka terima, namun 2 orang lelaki tersebut tidak mahu bekerjasama.

Berikutan itu pihak syarikat terpaksa membawa perkara itu ke pengetahuan pihak berkuasa di mana ia kini disiasat sebagai kes jenayah di bawah seksyen 406 atas tuduhan pecah amanah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda jika tersilap melakukan transaksi kepada akaun yang salah. Pastikan anda sentiasa teliti dalam melakukan pemindahan wang terutama jika wang yang dipindahkan dalam jumlah yang besar. Semak semula nombor akaun bank yang dimasukkan dan pastikan maklumat penerima adalah betul untuk memastikan wang yang dipindahkan sampai kepada orang yang sepatutnya.

Jika ada yang tiba-tiba menerima sejumlah wang dari akaun tidak dikenali, jangan guna dahulu dan bersedia untuk pulangkan kepada pemiliknya.

Sumber: NST

Check Also

Sangka Ibu S4kit ‘Tertidur’, Anak KeciI TerIena Disisi Jasad Ibu Yang TeIah Tiada

Dugaan setiap insan itu pelbagai. Ada yang sudah diuji sedari kecil lagi sehingga mereka membesar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.