#pop
Hadapi masalah kewangan, seorang ibu didapati tinggalkan anak dengan nota & barangan bayi

Kejadian berlaku di Tanjung Karang, tular di Facebook mengenai kisah seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah kotak berserta dengan sekeping nota yang didakwa merupakan tulisan tangan penjaganya.
Bayi tersebut dijumpai terletak di hadapan pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru di sini, malah turut ditemui dalam kotak tersebut beberapa barang bayi.
Ingatkan kucing, rupanya bayi
Memetik dari laporan Harian Metro, bayi itu ditemui oleh Ketua Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim ketika dalam perjalanan ke sekolah pada pukul 7.15 pagi.
“Saya ketika itu mahu ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan dan nampak kotak di pintu pagar surau yang pada mulanya menyangka ada orang membuang anak kucing…”
“Kebetulan kotak itu ditutup dengan kain biru, jadi saya ambil keputusan untuk tengok dan selak kain itu. Terkejut saya apabila melihat bayi di dalamnya…”
Mohon maaf tak dapat jaga
Dibacai dari nota tulisan tangan tersebut, penjaga kepada bayi tersebut memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan bayi yang diberi nama Muhammad Arif disebabkan faktor ekonomi dan berterima kasih kepada individu yang sanggup menjaga bayi itu.
Difahamkan, bayi berkenaan berkemungkinan telah diletakkan di kawasan surau seawal Subuh, mungkin ditinggalkan ketika para jemaah sedang menunaikan solat.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi tersebut. Buat masa ini, bayi berkenaan akan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sumber : Harian Metro (Amirul Aiman Hamsuddin) & Facebook
-
#pop5 bulan ago
Terjebak Dengan ‘Avatar’ Di Facebook? Akak Ini Jelaskan Boleh Jatuh Akidah!
-
#news11 bulan ago
Peraturan ‘1 kereta 1 orang ‘ berkuat kuasa 1 April ini
-
#pop6 bulan ago
Baru reda isu restoren 35, Influencer ini buat hal lagi bila buat “live” tapi guna kata kata kesat dan memalukan orang lain
-
#celeb11 bulan ago
“Bila lelaki penuh rasa cinta. Matanya hanya memandang pada yang dicintanya..” -Netizen