“Salam Subuh, Saya tahu doa anda sangat padat ketika ini.”-Achey

Menurut Achey, ibunya kini telah pun ditempatkan di tahap 4 dan memerlukan pemerhatian rapi. Sebelum ini Achey telah memaklumkan 7 ahli keluarga beliau dilaporkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ 19, termasuklah ibunya, Ngaisah Hassan, yang kini berusia 73 tahun. Menerusi perk0ngsian di laman instagram miliknya pagi tadi, Achey memaklumkan bahawa keadaan ibunya kini tidak baik dan berharap doa daripada semua di luar sana.

Salam Subuh. Saya tahu doa anda sangat padat ketika ini.-Achey

 

“Tapi jika ada ruang kecil dalam doa kalian yang kosong, dapatlah kiranya ruang itu di isi untuk mak saya. Ngaisah Binti Hassan” tulisnya.

Malah, ibu Achey juga difahamkan mengalami radang paru2 selain turut mengalami demam dan terpaksa tidur secara meniarap.

Menurut Achey, dia juga memaklumkan tiga ahli keluarganya yang lain iaitu adik, anak buah (berusia lingkungan dua tahun) serta ibu bapa kanak-kanak itu disahkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

“Setakat ini semuanya okey, ibu saya masih berada di hospital. Keadaan oksigennya masih turun naik. Sekarang ini dia berehat dalam keadaan baring meniarap. Dia kini tahap tiga tetapi dia tempatkan di wad tahap empat disebabkan perlu pemerhatian yang lebih.

“Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, masih di masukkan oksigen dan tidur secara meniarap. Badan pula semakin susut. ”

“Seterusnya, kakak saya dah pulang ke rumah, tetapi adik pula dibawa ke Johor Bahru, manakala abang saya masih belum balik. Anak buah saya baru berusia lingkungan dua tahun juga positif bersama ibu bapanya.

“Kita pun sedia maklum keadaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sibuk, sama ada mereka perlu diletakkan di pusat kuarantin atau di hospital, kita tidak tahu lagi,” kongsinya menerusi aplikasi Zoom.

Mengulas lanjut, Achey turut memaklumkan tugasnya sekarang adalah memastikan barangan asas untuk keluarga di rumah dan keperluan untuk keluarganya yang berada di hospital terjaga.

Tambahnya, walaupun dalam keadaan kondisi tangannya yang patah sebelum ini, namun dia terpaksa juga membantu ahli keluarganya memerlukan bantuannya sementelah kini mereka masih sedang melawan penyakit ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

“Setakat ini, apa yang keluarga saya perlukan, hanya saya dan isteri sahajalah menjadi runner, kami saling membantu mana yang perlu. Walaupun dalam keadaan tangan yang patah, terpaksa untuk membuat semua itu,” ujarnya.

Terdahulu, Achey memberitahu bahawa keluarganya mula dijangkiti wabak berkenaan bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.