‘Woow Billionaire Sarung Selipar Asadi Jer Kot’ – Pelawa Hairul Azreen Bersiar Atas Kapal Mewah, Tetapi Lain Yang Netzen Perasan

Beberapa hari yang lalu, pelakon Hairul Azreen yang bercuti di Pulau Redang dengan menaiki helikopter telah mencuri tumpuan pengguna media maya.

Lebih menarik perhatian, beliau sekeluarga juga berpeluang menikmati percutian di atas kapal layar mewah pada hari Ahad.

Berkongsi pengalamannya, Hairul tidak menyangka dapat bertemu secara tidak sengaja dengan ahli perniagaan yang juga merupakan jutawan terkenal Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.

Pelakon berusia 33 tahun itu menyatakan rasa teruja kerana menerima layanan istimewa di atas kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik ahli perniagaan tersebut.

” Saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ini sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia.

” Tan Sri Vincent Tan… lepas itu dia ajak naik superyacht Asea Lady. Rezeki anak-anak,” kata Hairul.

Terdahulu, pemilik nama Hairul Azreen Idris berkongsi video dia bersama keluarganya berada di atas kapal mewah milik jutawan berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen turut teruja serta mendoakan rezeki Hairul dan keluarga sentiasa dimurahkan.

” Rezeki anak-anak you… celik mata dapat jumpa jutawan Malaysia. Aku hidup separuh abad pun tak dapat merasa ini semua.

” Abang Hairul sentiasa berutung dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah… semoga keluarga semua dipermudahkan.

” Ini baru betul-betul geng kayangan!”komen beberapa netizen di perkongsian tersebut.

Sebelum ini, percutian Hairul bersama isterinya, Hanis Zalikha dan dua orang anaknya ke Pulau Redang, Terengganu menaiki helikopter perhatian netizen.

Pelakon itu turut dipuji kerana sanggup berbelanja besar demi memastikan keselamatan isteri dan anak-anaknya.

Untuk rekod, Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar, 4 dan Alisa Aisyah, 2.

Sementara itu melihat kepada yang dikongsi oleh Hairul bersama Tan Sri Vincent Tan, ada sesuatu yang menarik yang warganet perasan.

Vincent Tan memang terkenal dengan kekayaannya dan beliau bukan kaya biasa-biasa. Beliau turut memiliki kelab bola sepak terkenal yang berpengkalan di England.

Namun apa yang menjadi bualan ramai apabila melihat beberapa foto yang dikongsikan oleh pasangan selebriti negara itu adalah cara berpakaian dan lagak orang yang betul-betul kaya.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi, Vincent Tan hanya mengenakan baju dan seluar biasa serta mengenakan selipar berjenama Asadi.

Rata-rata orang ramai turut terkejut dengan penampilan tersebut dan menganggap penampilan dan lagak hartawan itu seperti orang kebanyakan tidak seperti orang yang ‘mula nak kaya’.

” Lowkey, humble dan simple sahaja pakaian dia. Ni baru betul bilioner, bukan macam si polan tu baru kaya sikit dah baling-baling duit macam tak ada nilai. Siap listkan ootd dari atas sampai bawah,” jelas sitoaidaadnan.

” Biasa giIa, kalau orang tak kenal tan sri ni ingat macam orang kampung biasa saja,” kata Mustaqimhusin.

” Woww..seliper Asadi jer seorang billionaire pakai..jadi kita hat dok tunggu gaji bulan2 ni takyah dok pulun sangat la nak pakai selipar skechers bagai” tulis Zahra.

” One of the richest in Malaysia… Tapi hanya pakai asadi.. Respect boss..” tulis Sam.

Sumber:mstar dan k0smo

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.