Connect with us

#vvip

Hanya dibekalkan Kurma dan Kismis, Mvrid 2 Tahun Terpaksa Kutiip Siisa Makanan Kerana terlalu Lpar

Sedihnya kami baca perkongsian ini apabila tergamaknya seorang ibu hanya membekalkan anak dengan kurma dan kismis sahaja.

Lebih geram apabila jika ada yang membantu memberi makanan pada anaknya, ibu murid tahun 2 ini akan marah kerana mencemari pola permakanan anaknya. Geram betul!

Bekal 3 biji kurma dan kismis.

gambar sekadar hiasan

Dah dua hari saya perhatikan seorang murid tahun 2 ni. Hari pertama saya nampak dia kutip lebihan-lebihan makanan kawan-kawan yang ditinggalkan dan dia makan.

“Semalam dia menangis sambil makan bekalan dari ibunya. 3 biji kurma dan beberapa biji kismis. Saya perhatikan bila dia buka bekal terpacul dari mulut dia “sikit jer”.” Dan dia terus nangis! saya cuba hampiri dia tiba-tiba ustazah yang mengajar di situ menarik tangan saya.

Menurut wanita ini, dia terkilan apabila kanak-kanak 2 tahun ini terpaksa berlapar hanya kerana dibekalkan kurma dan kismis sahaja oleh ibunya. Apabila ditanya kanak-kanak ini terus menangis. Wanita ini menyangka murid ini susah lalu ingin cuba hampiri untuk membantu namun ditarik oleh seorang tenaga pengajar disitu.

Kalau bagi makan, mak dia marah.

gambar sekadar hiasan

Ustazah : Biarkan Aida.. dia memang macam tu. Mak dia tak benarkan makan makanan lain selain dari bekalan yang dibawa dari rumah. Duit pun tak pernah bagi sebab tu dia antara orang terakhir yang masuk kelas sebab dia akan kutip lebihan yang tinggal di bekas makanan yang kawan-kawan dia beli.

“Kalau awak bagi nanti mak dia akan marah dan cakap awak mencemari pemakanan anak dia.”

Erm… kalau nak anak suci sangat jangan sekolahkan anak di sekolah kebanyakan, kesian budak. Ibu bapa murid berkenaan bukan tak mampu tapi lebih dari mampu.

Lebih menyakitkan hati apabila tenaga pengajar tersebut memberitahu ibu kepada murid tersebut tidak membenarkan orang lain memberikan makanan untuk anaknya.

Ibu bapa murid tersebut bukanlah dari golongan yang susah, namun menjaga pemakanan anaknya.
Perkongsian itu turut membuatkan ramai ibu-bapa yang lain bengang.

Rata-ratanya menganggap ianya sesuatu yang kejam kerana menyeksa anak. Yelah budak baru 8 tahun, pasti mereka ada keinginan makan seperti orang lain. Geram betul!

Membacakan kisah ini, warganet melahirkan rasa marah terhadap perbuatan ibu tersebut kepada anaknya. Ia mendapat berbagai reaksi daripada netizen.

“Sah2 la geng antivaxx… Anak aku sekolah tahffiz, sekolah siap sediakan makan. Molek je mkn nasi, daging, ayam..xde pulak paksa mkn kurma, kismis bagai. Hurmmm… Camne la agaknya anak tu kat rumah?? Kesian.“

“Apa punya mak pak la buat anak mcm nie.. Kesiannya lahaiii anak aku pun aku bg mkn kat rumah kenyang² dulu.. P sekolah siapkan bekal untuk dia pulak.. Abah dia siap bg duit belanja lg untuk dia beli apa² kat sekolah walau ibu abah dia x sekaya mana..gaji cukup² mkn.. Bkn apa, kesian kat anak takut lapar.. Kot teringin mkn apa² kat kantin..setakat nie dia cuma beli air ja la kat kantin n makan bekal yg dia bawa… kadang bekalkan dia makanan lebih untuk kongsi mkn dgn kawan.“

“Allahuakhbar. kot iya nak mknn yg suci murni.. masakkan laa yg berkhasiat dan cukup utk anak tu.. baru senang hafazan dan dpt ilmu sbb x lapar… ikut sunnah menda klu smpai anak lapar?
Pihak sekolah boleh report kot kat JKM untuk tindakan bawah akta kanak2.. pengabaian (neglect) ke atas keperluan anak2.. kalau mak pak cukup duit utk bekalkan kurma n kismis tu, dh tentu mak pak dia boleh bekalkan nasi sekurang2nya.. bukannya orang miskin.“

“Mak bapak die spesis ape ye. Kenapalah membiak kalau xtau jaga amanah Allah. Berdosa lah kau wahai mak bapak tak guna. Budak tu lapar, smpai kutip mknn org lain, tu ape. Ko ibarat siksa anak ko sndiri. Dpt mak bapak cmni, ikat kat pokok byk kerengga pastu lastik smpai sedor diri. Geram pulak dgr.“

“Mak yg malas masak..bagi alasan nak jaga pemakanan anak..senang kan tinggal bekalkan kurma n kismis..sbb xpayahhhh masak..nak jaga pemakanan anak..sampaikan anak makan sisa org lain..yg belum tentu bersih atau kotor..plisss la zaman dah 2020..bnyk lagi makanan sihat yg boleh kenyangkan anak..sedihhhh nya laaa tgk..Zaza Ziela ko tgk ni..sampai hati ke wehhh nk bagi zahin n ziyyad makan kurma n kismis je time rehat..laparrrr la budakk.“

“Beragaklah pun. Anak tu perlukan tenaga, bagilah nasi lauk telur paling kurang pun. Kalau anak pengsan atau sakit? Salahkan cikgu pulak nanti. Aku baca pun sakit hati sebab mak dia tak bagi kalau cikgu² nak bagi dia makan lain. Allah.. anak tu pun sendiri sedih tengok bekal dia dan terpaksa kutip baki makanan kawan² sebab lapar.“

“mak nya malas nk masak….. duk mkn kismis dgn kurma mn cukup khasiat utk ank tu. Jgn nk acah sunnah sgt kl diri sndr tu sbnr nya pemalas .dah la kedekut dgn ank x bg duit belanja.esok tua2 ank sumbat kau kenyang mkn kismis dgn kurma jg la jwb nya.baru padan muka.“

“lain kali bekalkan lah jugak makan yg berat2..nasik (beras taj mahal) + sayur2an, ikan,ayam (tanam/ternak sendiri) bekal lain,kurma+kismis+habbatussauda+buah tiin+za’faran+buah delima..air zam2..aduh pening lah mak bapak kau ni dik.“

Apa-apa pun, harap murid tahun 2 itu kekal tabah hadapi dugaan hidup dan semoga ibu bapanya kembali kepada jalan yang benar.

Sumber : Aida Puan Sri Squeq / ohbulan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya