KOTA BHARU: Penurunan harga emas sejak minggu lalu menyebabkan kedai emas di bandar ini diserbuu orang ramai bagi mengambil peluang membeli barang kemas yang kini berada pada harga antara RM 223 hingga RM 234 per gram.

Tinjauan mendapati, kedai emas mula dipenuhi pengunjung seawal 9 pagi bagi mendapatkan koleksi emas diidamkan.

Bagaimanapun, keterujaan pengunjung untuk membeli emas menyebabkan sebahagian besar mereka mengabailkan penjarakan fizikal.

Malah, ada sebahagian kedai agak kecil, padat dengan pengunjung dan pemilik tidak mengetatkan prosedur 0perasi standard (SOP) atau meminta pengunjung masuk secara berperingkat.
Harga Emas Jatuh Punca Byk Kedai Diserbu. Pemilik Kedai Tampil Bri Nasihat Utk Yg Nk Dtg.
Walaupun masing-masing memakai pelitup muka, mereka bagaikan terlupa bahawa kes C0VID 19 semakin menlngkat khususnya di Kelantan.

Pengunjung, Rosnani Abdul Rahman, 40, berkata dia sanggup datang dari Pasir Mas ke Kota Bharu selepas mendapat tahu harga emas di bandar ini lebih murah berbanding di Pasir Mas.

“Sebagai peminat emas, saya sudah menjangka situasi di kedai emas padat dengan pengunjung memandangkan harga emas turun sejak minggu lalu dan hari ini paling rendah.

“Memang keadaan agak padat dan saya perlu menunggu hampir 30 minit untuk melihat koleksi memandangkan premis dipenuhi orang ramai,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai emas di Pasar Siti Khadijah yang enggan dikenali, berkata disebabkan ketidakpatuhan pengunjung, kedai miliknya dikenakan k0mpaun dua kali termasuk semalam.

“Kami memang menekankan SOP supaya pengunjung masuk ke kedai secara berperingkat, namun disebabkan pengunjung terlalu ramai dan mereka gagal mematuhi SOP sehingga kami menjadi mngsa.

“Justeru, mulai hari ini, kami membuat kawalan lebih ketat dan polis kelihatan meninjau kawasan pasar bagi memastikan semua orang mematuhi SOP,” katanya.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai termasuk pemilik kedai emas supaya menitikberatkan SOP memandangkan kess C0vid-19 semakin menlngkat.

Beliau berkata, sejak semalam dan hari ini, sebanyak sembilan k0mpaun dikenakan terhadap pemilik kedai emas di Kota Bharu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Kami maklum orang ramai mahu membeli emas, namun perlu memastikan pakai pelitup muka selain menjaga pnjarakan fizikal.
Harga Emas Jatuh Punca Byk Kedai Diserbu. Pemilik Kedai Tampil Bri Nasihat Utk Yg Nk Dtg.
“Pada masa sama, saya sudah mengarahkan anggota supaya memantau lebih kerap di kedai emas dan akan mengambil tindakan sekiranya mendapati mereka gagal mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Datuk Dr Zaini Hussin, turut mengingatkan pembeli dan penjual emas supaya menitikberatkan SOP kerana kess di Kelantan semakin menlngkat.

Beliau berkata, setakat ini Kelantan sudah mempunyai tiga kluster dan pihaknya mengharapkan kerjasama semua untuk memutuskan rangkaian C0VID 19.

Reaksi Orang Ramai

Bnyk ckp skg kesempiltan duit masa covit tapi beli emas harga ratus2 mc mampu dn ramai yg p membeli…..hihihihihi..apa2 pun patuhi la sop..jgn sampai ada klauster baru lg.
Harga Emas Jatuh Punca Byk Kedai Diserbu. Pemilik Kedai Tampil Bri Nasihat Utk Yg Nk Dtg.
Nak komen susah…tak komen pun teringat je…nanti komen kalau org2 tu lalu kat komen kita siap dikecmnya kita nanti. Apa2 pun patuhi la SOP yg sedia ada.

Harini gelang emas tangan kanan. Minggu depan gelang pink tangan kiri. Semoga sentiasa dilindungi.
Harga Emas Jatuh Punca Byk Kedai Diserbu. Pemilik Kedai Tampil Bri Nasihat Utk Yg Nk Dtg.
Sumber : BHOnline

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."