Hari ini, genap 100 hari pemergian tiga sahabat karib, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwani Shabri dan Nur Adilah Mohd Safwan, yang menjadi mậngsa kerậcunan karbon monoksida pada 16 September lalu.

Nur Aqilah (21 tahun) satu-satunya mậngsa yang terselamat dalam kejadian itu berkata, dia masih teringat dan sukar untuk melupakan trậgḛdi malang itu.

“Saya tak boleh duduk seorang diri, kena duduk dengan kawan atau ahli keluarga sebab akan teringatkan mereka kalau duduk seorang,” katanya.

Salah seorang daripada tiga mậngsa itu adalah kembar Nur Aqilah iaitu kakaknya, Nur Adilah, yang turut meninggậl dunia dalam kejadian pada 1 pagi itu.

Hari Ini Genap 100 Hari Pemergian Mereka..Nur Aqilah Sering Teringat Dan Mula Cerita Apa Sebenarnya Yang Terjadi.

Menurut Nur Aqilah, walaupun dia sukar untuk melupakan kenangan bersama kembarnya dan dua sahabat karibnya itu, namun akan cuba melupakan kejậdian pahit itu.

“Dulu saya tak suka pakai baju kakak (Nur Adilah) tapi sekarang saya banyak pakai baju arwah bila teringatkan dia.

“Saya akan meneruskan perniagaan secara dalam talian serta kedai menjual pakaian terpakai diusahakan arwah kakak sebelum ini walaupun saya berhasrat untuk menyambung pengajian tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Setar.

Nur Aqilah berkata, arwah kakaknya sebelum ini bercadang untuk membuka sebuah lagi cawangan kedai pakaian terpakai, namun tidak kesampaian akibat trậgedi itu.

Mengimbas tragedi itu, katanya, pada hari kejadian, mereka singgah untuk makan makanan segera dan minuman di stesen minyak di tempat kejadian.

“Tidak sampai 10 minit kemudian, saya tak sedarkan diri dan hanya sedar ketika berada di hospital.

“Saya bermimpi kakak kata saya pengsan di pulau dan apabila saya terbangun, saya tanya adik, kakak pergi mana, balik dah ka….adik kata kakak duduk di rumah.

“Saya dan arwah kakak memang tak pernah berpisah sejak kecil dan tak sangka dia pergi dulu namun saya dan keluarga reda dengan pemergiannya,” katanya.

Hari Ini Genap 100 Hari Pemergian Mereka..Nur Aqilah Sering Teringat Dan Mula Cerita Apa Sebenarnya Yang Terjadi.

Sementara itu, bapanya, Mohd Safwan Yaacob, 47, berharap warganet supaya menghormati keluarganya dan tidak mengeluarkan cerita tidak benar mengenai kejadian itu.

Katanya, selama tiga bulan mereka sekeluarga terpaksa menolak untuk bertemu dengan sesiapa yang bertanyakan berkaitan trậgedi menimpa anaknya itu.

“Saya bimbang maklumat kami kongsi disalah tafsir dan mengundang banyak spekulasi sehingga dikongsi ramai pihak di media sosial.

“Sedekahkan al Fatihah buat mereka sudah cukup dan kami sudah terima ketentuan Allah sejak mula kejadian berlaku,” katanya.

Mohd Safwan berkata, walaupun kejadian itu berlaku tiga bulan lalu, ada kalanya dia dan isteri, Normawati Md Isa, 47, tersasul memanggil Nur Aqilah dengan nama Nur Adilah.

Katanya, mereka kembar seiras dan wajah mereka sama cuma membezakan mereka adalah tahi lalat di muka.

“Namun saya reda dengan pemergian anak saya, ” katanya yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lapan tahun.

Dalam kejadian 1 pagi 16 September lalu, empat sahabata itu berhenti rehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Hari Ini Genap 100 Hari Pemergian Mereka..Nur Aqilah Sering Teringat Dan Mula Cerita Apa Sebenarnya Yang Terjadi.

Empat mậngsa yang belajar di sebuah kolej kejururawatan dekat Batu Caves berhenti rehat sebelum ditemui tidak sedarkan diri akibật terhidu karbon monoksida.

Sharifah Fariesha ditemui mậut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggậl dunia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan Nur Adilah meninggậl dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Angkatận Tḛntḛra Lumut, Perak.

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."