Connect with us

#news

Hari Ini Mask Diwajibkan Pakai Atau Berdepan Kompaun RM1k, Ini 4 Golongan Tak Disaran Pakai Mask

Beberapa hari sebelum kedatangan bulan ‘kemerdekaan‘, kerajaan Malaysia isytihar untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos 2020.

Rakyat diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak dan pengangkutan awam.

Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk menyekat penularan Cov1d-19 dalam negara yang dilihat statistik semakin hari semakin meningkat.

Kewajipan ini merupakan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagi individu yang melanggar peraturan tersebut, ia boleh dikenakan tindakan denda RM1,000 bawah 4kta 342 (Akt4 Penceg4han dan Pengaw4lan Penyaklt Berjangklt 1988).

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, keputusan itu dibuat sewaktu mesyuarat khas diadakan bersama menteri-menteri berkenaan Perint4h Kaw4lan Perger4kan baru-baru ini.

Ismail Sabri juga mengumumkan bahawa arahan dari pihak Kementerian Kesihatan membenarkan rakyat Malaysia untuk memakai pelitup muka walau dijahit sendiri tetapi haruslah mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tambahan, Kementerian Kesihatan mengutarakan kriteria yang perlu ada dalam pelitup muka buatan sendiri menerusi platform media sosial.

Dengan itu, ramai boleh melihat di laman sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun, terdapat 4 Golongan yang tidak disyorkan untuk memakai pelitup muka, menurut Menteri Kesihatan Malaysia iaitu YB Dato Sri Adham.

Berikut adalah kanak-kanak berusia bawah 2 tahun, mereka yang mengalami kesukaran bernafas, mereka yang tidak sedarkan diri dan kurang upaya dan mereka yang tidak boleh menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.

Bukan itu sahaja, Kementerian Kesihatan juga mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pelitup muka tidak boleh dikongsi.

Selepas selesai menggunakan pelitup muka, ia haruslah dihapuskan dengan kaedah yang betul.

Sumber: kinisumber

Di kala musim Covid-19 ini, pelitup muka adalah keperluan yang paling utama untuk semua individu tambahan pula kerajaan akan melaksanakan kewajiban pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di tempat yang sesak bermula 1 Ogos ini.

Segelintir pihak bersifat cerewet dalam memilih pelitup muka yang baik untuk mereka.

Dari jarak harga yang murah hingga mencecah ratusan ringgit, terdapat berbagai jenis pelitup muka yang mampu didapati di platform beli-belah secara online.

Sejak kebelakangan ini, ramai mula sedar terdapat satu jenis pelitup muka yang mencuri perhatian rakyat Malaysia.

Terbongkar Harga Sebenar ‘Face Mask’ Yang Dipakai YDP Agong, Najib& Neelofa

Kenapa? Kerana jenis pelitup muka ini dipakai oleh orang-orang yang berpengaruh dan berjawatan seperti Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,  bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta selebriti dan usahawan popular, Neelofa.

Jenama dan harga mungkin bermain di fikiran netizen sama ada ianya berjenama dan mahal atau sebaliknya?

Hanya Sekitar RM 50 Jer!

Tetapi sebenarnya, pelitup muka yang dipakai mereka hanya berharga lingkungan RM50 sahaja untuk tiga unit.

Menurut hasil sumber di Internet, pelitup muka itu keluaran syarikat Xeralife.

Ianya berkualiti tinggi dan individu-individu yang berhasrat untuk beli, mereka boleh beli melalui aplikasi Shopee.

Terbongkar Harga Sebenar ‘Face Mask’ Yang Dipakai YDP Agong, Najib& Neelofa

Pelitup wajah Xeralife

Pelitup muka jenama Xeralife telah dibukti berkesan oleh Persatuan Sains Bioperubatan (BMSA) di Jepun terhadap seluruh jenis Inflvenza termasuklah selsema burung dan selsema khinzir.

Mengikut sumber di laman rasmi Xeralife, ia merupakan pelitup muka yang menggunakan hasil teknologi Jepun.

Bukan sahaja mencegah jangkitan kuman dan redakan alergik, malah mampu menjaga individu yang memakai dari wabak pandemik C0vid-19.

Malah, sewaktu penghasilan pelitup muka itu, tiada sebarang bahan kimia berbahaya digunakan.

Terbongkar Harga Sebenar ‘Face Mask’ Yang Dipakai YDP Agong, Najib& Neelofa

Pelitup muka yang normal mempunyai tiga lapisan tetapi keluaran dari Xeralife ini mempunyai empat lapisan yang kualiti tinggi.

Lapisan pertama menggunakan fabrik Spunbound, lapisan kedua menggunakan penapis (air filter) Xeralife.

Diikuti menggunakan fabrik Meltblow dan akhinrnya dilapisi Thermal bonded fabrik iaitu Polypropylene.

Bukan sahaja pelitup muka yang dijual mereka, malah terdapat beberapa produk juga yang dikeluarkan  syarikat ini termasuk produk penjagaan kulit, tekstil dan macam-macam lagi.

Individu yang berminat, boleh melayari laman sesawang rasmi syarikat ini di www.xeralife.com.

Sumber: murai.my

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending