Connect with us

#pop

Hari Jumaat Diumum Sebagai ‘Hari Jawi’ Bermula Hari Ini – Dr Zulkifli

Dalam usaha untuk memelihara dan melestarikan tradisi serta budaya Malaysia sehingga ke hari ini, ‘Hari Jawi’ telah diberi tanggal pada setiap hari Jumaat bermula hari ini.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Menteri Hal Ehwal Agama menyatakan bahawa idea ini telah dibawa ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan mendapat sokongan padu serta penuh dari semua ahli jemaah menteri.

Kata Datuk Seri Dr Zulkifli, “Kerajaan serius memartabatkan tulisan Jawi. Saya menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini,”

Tambahan beliau, kepala surat rasmi (Menteri) di Jabatan Perdana Menteri akan menggunakan tulisan Jawi atas urusan rasmi mulai Jumaat ini. Ianya bertujuan mengukuhkan komitmen dalam memartabatkan tulisan Jawi.

Dr Zulkifli turut memaklumkan bahawa penggunaan Jawi akan diperluaskan termasuk penyampaian kata-kata menerusi media sosial rasmi. Kata beliau, Jawi telah diiktiraf sebagai tulisan dalam Perlembagaan Persekutuan yang termaktub dalan Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan tahun 1963/67.

Menurut Akta diatas, tulisan Rumi adalah bahasa kebangsaan, dengan syarat tiada larangan untuk menggunakan tulisan Melayu atau lebih dikenali dengan tulisan Jawi sebagai bahasa kebangsaan.

Adakah tulisan jawi boleh cetus rasa tak selesa antara kaum jika gagal diurus dengan baik?

Sebenarnya isu ini tidak perlu timbul jika rakyat memahami konsep prinsip atau dasar negara.

Setiap negara mempunyai ‘akar’, sejarah dan prinsip. Malaysia dibina melalui satu proses yang panjang.

Tulisan Jawi lebih awal digunakan untuk bahasa Melayu kerana ketika bahasa ini berkembang sebagai bahasa ilmu, tulisan pertama diperkenalkan ialah tulisan Jawi.

Tulisan ini berkembang seiring dengan perkembangan Islam.

Tulisan Jawi digunakan sebagai tulisan utama lebih 1,000 tahun lalu dan berubah kepada tulisan Rumi akibat pengaruh kedatangan penjajah.

Sebelum merdeka, Tanah Melayu terdiri daripada negeri-negeri berdaulat yang diperintah melalui kaedah kesultanan dan kemudiannya mendapat pengaruh British dan sebagainya.

Jika melihat sejarah negara kita, sebahagian besar perjanjian dibuat di antara kerajaan kesultanan di Tanah Melayu ini dan pihak British adalah dengan menggunakan tulisan Jawi.

Jika kita memahami aspek ‘akar’ maka tidak timbul aspek pertikaian kerana negara kita berakar umbi daripada Tanah Melayu.

Sebenarnya terdapat satu asas yang kukuh mengenai kedudukan orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu serta Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai ketua utama agama sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Ia bukan sekadar simbol tetapi menggambarkan identiti dan jati diri negara.

Tulisan Jawi adalah identiti negara.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya