“Dia cuma nk jadikn anwar ibrahim sbagi boneka” – netizen sangsi

Veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan pada masa yang kritikal ini, negara memerlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, ini kerana kehadiran Anwar sebagai Perdana Menteri adalah untuk membawa masuk pasukan dan dasar-dasar baharu yang boleh menghentikan segala kemusnahan akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dan juga menyalakan semangat untuk Impian Malaysia.

Kit Siang turut mendakwa, sekiranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai Perdana Menteri, Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang gagal.

“Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri hanya akan meneruskan dasar kakistokrasi dan kleptokrasi sedia ada ini yang hanya akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara gagal.

Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri baharu dan kepimpinan baharu di mana semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun politik boleh bercita-cita dengan impian Malaysia, di mana negara kita menjadi sebuah negara berkelas dunia, dan mengambil langkah untuk memenuhi aspirasi Bapa Malaysia untuk menjadikan negara kita ‘sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu’,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

‘Tidak perlu obses siapa bakal PM’ – Lim Guan Eng

Negara tidak perlu obses berkenaan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, sebaliknya memfokuskan kepada bagaimana Pelan Pemulihan ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dapat dilaksanakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tumpuan ketika ini adalah untuk membetulkan kegagalan yang dilakukan kerajaan hari ini dan pelan normalisasi ekonomi untuk memastikan Malaysia kembali ke landasan sepatutnya.

Jelasnya, ahli-ahli Parlimen pembangkang juga perlu menunjukkan bahawa mereka boleh melakukan reformasi institusi lebih daripada apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin tawarkan.

“Dalam kata lain, negara tidak perlu obses terhadap siapa yang akan jadi Perdana Menteri tetapi apakah Pelan Pemulihan ᴄᴏᴠɪᴅ-19-19 untuk membetulkan kegagalan kerajaan sekarang dan pelan normalisasi ekonomi untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasannya serta menunjukkan kita boleh melakukan lebih daripada reformasi institusi yang ditawarkan Muhyiddin.

“DAP kekal dengan pilihan kami berkenaan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri berdasarkan mandat yang diberikan Pakatan Harapan.

“Tiada siapa yang berhak menuntut menjadi Perdana Menteri, sebaliknya kelayakan mesti bergantung kepada potensi kemampuan dan kapasiti untuk menangani pandemik ᴄᴏᴠɪᴅ-19, kemerosotan ekonomi dan komitmen kepada reformasi institusi untuk menstabilkan Malaysia sebagai sebuah negara membangun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“DAP mengulangi komitmen untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat dengan memfokuskan kepada usaha menentang ᴄᴏᴠɪᴅ-19, Pelan Imunisasi ᴄᴏᴠɪᴅ-19 Kebangsaan (PICK) yang lancar untuk mencapai imuniti kelompok menerusi suntikan bukan jangkitan dan bantuan kewangan bersasar untuk mengeluarkan negara daripada kemelesetan,” katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini hilang keabsahan sebagai Perdana Menteri selepas 15 ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap PN dan dirinya.

Muhyiddin turut buat tujuh tawaran kepada ahli Parlimen pembangkang bagi membentuk kerjasama merentas parti tetapi dipandang sepi.

Majlis Presiden Pakatan Harapan konsisten mahu Muhyiddin letak jawatan selepas tidak lagi mempunyai majoriti dan mereka tetap mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ketika ini, jumlah ahli Parlimen menyokong Muhyiddin ialah 100 orang.

Jumlah itu terdiri daripada Bersatu (31), UMNO (23) (Kem Ismail Sabri), MIC (1), MCA (2), Pas (18), Parti Rakyat Sarawak (2), SUPP (1), Parti Demokratik Progresif (2), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (13), PBRS (1), PBS (1), Star (1) dan Bebas (4).

Jumlah ahli Parlimen yang tidak menyokong Muhyiddin yang diketuai blok pembangkang ialah 120 orang.

Mereka terdiri daripada (42), PKR (35), Amanah (11), Warisan (8), UPKO (1), PSB (2), Pejuang (4), dua ahli Parlimen Bebas iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar) serta Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan 15 ahli Parlimen UMNO (kem Zahid).

Pada Yang Membaca Minta Jasa Baik Untuk Tinggalkan Komen Untuk Lebih Ramai Nampak Artikel Ini

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.