“Dia Malu Melihat Fotonya Sendiri. Hensem Ikut Pak, Cerdik Ikut Mak” – Rita Rudaini

PeIakon popular Rita Rudaini berasa bangga dan terharu dengan pencapaian diraih putera sulungnya Airit Rayyan Rizqin, 12, yang menerima Anugerah Kecemerlangan untuk kesemua subjek, baru-baru ini.

Tambah Rita, 45, Rayyan turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kelas bagi tahun 2020 selain menjadi pelajar terbaik dalam mata pelajaran bahasa Arab dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

” Alhamdulillah, sebagai ibu sudah semestinya saya bangga dan terharu dengan pencapaian diraihnya.

” Bagi kedua-dua anak, saya memang utamakan pendidikan mereka. Sebab itu, saya tidak kisah berhabis untuk berikan yang terbaik.

” Macam Rayyan, dia memang fokus untuk semua subjek. Dia akan bising kalau tak dapat markah penuh. Sebab itu, saya selalu berikan dorongan.

” Saya pula bukan semua subjek tahu. Apa yang saya boleh tolong ajar, saya bantu. Selebihnya dia memang belajar dengan cikgu dan saya turut sediakan kelas tusyen.

” Apatah lagi sekarang ini proses pembelajaran masih secara dalam talian, jadi memang kena berusaha lebih sikit,” katanya.

Dalam pada itu, Rita merancang untuk menghantar kedua putera kesayangannya itu ke Pusat Pendidikan Tahfiz.

” Insya-Allah, untuk peringkat menengah nanti kalau boleh nak hantar Rayyan dan Arjuna ke tahfiz. Mereka pun berminat. Saya percaya, ini saja saham akhirat yang saya ada yang dititipkan oleh Allah kepada saya.

” Saya gembira melihat kejayaan anak-anak. Saya selalu pesan, nak berjaya di dunia dan akhirat kena rajin solat, mengaji, dengar cakap orang tua dan sentiasa berbuat baik.

” Alhamdulillah, mereka dengar kata. Tapi biasalah budak kan, ada masa datang juga malas mereka. Tapi, saya memang selalu beri nasihat,” katanya.

Handsome macam pak, kata Rita

Di samping itu, melalui perkongsian berasingan di sosial media, Rita juga mengucapkan terima kasih tanda syukur dan penghargaan kepada guru-guru yang telah mendidik anak-anaknya.

Malah paling mencuri perhatian, Rita sempat bergurau apabila menyamakan Airit ‘handsome’ seperti ayahnya yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak.

” Terima kasih cikgu-cikgu yang mendidik mencurah ilmu dengan penuh sabar pada anak-anak zaman sekarang.. Terima kasih teacher Azharanditahir HRT ryan..

” Tahniah my AIRIT junior..for best in subject Arab and RBT & best student in class 2020.. tq APSS..

” Dia Malu tengok gambar sendiri…hensem ikut pak, cerdik ikut mak.. Alhamdulillah AIRIT Jr..” tulis Rita.

Sekadar info, Rita menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99, dan berjaya menjadi finalis. Namun beliau tewas kepada penyanyi pop Juliana Banos.

Antara finalis lain pertandingan tersebut adalah Wardina Safiyyah dan Julia Hana.

Rita pertama kali menjadi model untuk video muzik penyanyi Rem pada 1997. Dalam video muzik Selingkar Kasih itu, Rita melakonkan watak sebagai obsesi Rem.

Rita merupakan seorang yang aktif dalam bidang sukan ketika sekolah rendah dan pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Damansara Utama serta pernah berkhidmat sebagai pramugari Penerbangan Malaysia.

Pada 9 Julai 2009, Rita melahirkan Airit Rayyan Rizqin di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kemudian pada tahun 2010, Airit bersama sebilangan anak-anak selebriti menyertai pertandingan bayi comel yang mana dimenangi oleh anak gadis Erra Fazira, Engku Aleesya.

Rita sebelum ini berkahwin dengan pemain boal sepak JDT iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak, 34, pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand namun bercrai pada September 2013 di Mhkamah Syariah Seremban.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin (12 tahun), dan Airit Qaqa Arjuna (10 tahun).

Sebelum itu Rita pernah berkahwin denga pengulas sukan televisyen iaitu Akbar Shaari.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.