Connect with us

#viral

Herleena Ingatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia tentang janji kebebasan bersuara

Herleena Pahlavy selaku Hos Bernama TV yang dikenakan tindakan selepas melabel stesen TV Al Jazeera dengan nama Al Jahiliyah mengingatkan Dato Saifuddin Abdullah selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai janji dan kata-kata beliau untuk mempertahankan hak kebebasan bersuara.

Herleena Pahlavy digantung tugas menurut laporan dari Buletin TTKM namun pengesahan mengenai perkara itu masih dalam proses.

Herleena memuatnaik status di akaun sosial Facebook, berkongsi satu pautan berita pada tarikh 20 Mac 2020 bertajuk “Saifuddin janji terus pertahan kebebasan bersuara”.

Herleena Ingatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia tentang janji kebebasan bersuara

“Masihkah kau ingat” – Herleena Pahlavy

Sebelum ini, menerusi akaun sosial Twitter milik Herleena menyatakan bahawa menjadi berani dan patriotik di saluran Televisyen Malaysia akan ada akibatnya tersendiri.

Di dalam rancangan Malaysia Petang Ini yang disiarkan Bernama TV pada hari Isnin yang lepas untuk mengupas isu dokumentari yang mencetus kontroversi di Malaysia, Herleena telah menggelar Al Jazeera sebagai Al Jahiliyah.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang. Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,”

Beliau kemudiannya mengakhiri rancangan itu dengan mengatakan: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Sementara itu, menerusi akaun sosial Twitter milik Dato Saifuddin Abdullah pula, beliau menyatakan gelaran ‘Al Jahiliyah’ terhadap Al Jazeera oleh Herleena Pahlavy tidak sepatutnya diberikan.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu, tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu. Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,”

Jumaat lepas, kontroversi tercetus dimana Stesen Tv Al Jazeera memuatnaik video di Youtube bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”.

Selain di Youtube, Al Jazeera juga menyiarkan dokumentari itu menerusi Program 101 East berdurasi 25 minit. Program itu mendakwa Wilayah Persekutuan Putrajaya menggunakan kesihatan dan keselamatan awam sebagai alasan untuk menahan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Selepas dari kejadian itu, pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Al Jazeera di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Manakala, Jabatan Imigresen berusaha menjejaki lelaki warga Bangladesh bernama Rayhan Kabir yang dipercayai ditemuramah program itu. Rayhan mendakwa pihak berkuasa telah memasang perangkap terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin ketika operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di ibu kota tempoh hari.

“Mereka membuat perangkap terhadap kami. Mereka mungkin berikan makanan dan ubat-ubatan. Jadi tiada sesiapa menjangkakan bahawa mereka akan ditahan Mereka bukan pembun0h atau penjenay@h. Mereka cuma tidak mempunyai dokumen.”  – Rayhan Kabir

Sumber: TTKM

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya