“Hai la sahabat, apa khabar mu..” Tentang Isu melibatkan EL, Ustaz Amin bersuara bagi satu nasihat buat ramai yang setuju

Berikutan daripada pelbagai pendedahan yang dibuat oleh warganet dan juga pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengenai Ustaz Ebit Lew, Ustaz Amin akhirnya tampil memberi nasihat.

Berikut nukilan dan nasihat Ustaz Amin di IG beliau

“Hai la sahabat, apa khabar mu..

“Jika apa yang diperkata betul, semoga Allah memperbaiki diri mu dan memperbaiki akhlak semua orang yang mengatamu.

“Jika ia pemboh0ngan semoga Allah merahmatimu dan menggantikan perkara yang lebih baik buatmu.

“Jika nanti kau di syurga dan aku tiada carilah aku untuk ke sana, dan jika aku di tempat yang baik dan kau tiada aku berjanji akan mencarimu, jika kita berdua tiada di sana, semoga guru-guru kita dan orang-orang yang soleh yang kita kenal mencari kita. Amin ya Rabb..

“Untuk semua, bagi yang sedang mencari bukti, jangan sampai keterlaluan menyebarkan pada yang tidak berkenaan.

“Bagi yang diluar, doakan dan jangan beriya-iya.

“Biarkan Yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.

“Kerana kita risau jika terlalu melampau dan beria-ria dalam menyebarkan keaiban, akan menyebabkan satu hari nanti Allah tidak menjaga dan memelihara keaib.an kita pula.

“Yang penting semua sekali memperbaiki diri kerana sesungguhnya Allah tidak melihat di mana kita bermula tetapi Allah melihat di mana penghujung kita.

“Jika penghujung itu baik maka penghujung itulah yang akan dinilai oleh Allah.

“Tenang-tenang saja lah.

a

Rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan dan nasihat yang diberikan oleh Ustaz Amin

“iya betul..nasihat yg baik..takperlu jadi hero ye..suka sgt quote ustaz..” tulis seorang netizan

a

Ebit Lew Seronok Bercuti Dengan ‘Bidadari’ Di Langkawi

Nama pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) menjadi perbualan hangat netizen sejak beberapa hari lalu. Namun begitu, Ebit Lew dilihat tenang bercuti bersama keluarga tersayang di Langkawi.

Luangkan masa bersama keluarga di Langkawi

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, Ebit Lew berkongsi sekeping foto bersama ‘bidadari’ tercintanya di Langkawi. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, namun pendakwah terkenal itu mengambil sedikit masa untuk meluangkan masa buat keluarganya sebelum meneruskan misi membantu orang ramai.

Selalu sibuk. Beberapa hari ini dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah. Doakan ya. Hidup hanya nak reda Allah.

Dalam pada itu, Ebit Lew juga memuat naik satu video di Instagram, memaparkan dia bersama isterinya menaiki jet ski di pulau peranginan berkenaan berserta kapsyen yang sungguh romantis buat isteri tersayang.

Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana.

Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia di hati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal Tuhan. Kenal Allah.

‘Maafkan semua orang’

Pendakwah berusia 36 tahun itu juga menitipkan nasihat kepada orang sekeliling agar menghargai pasangan serta keluarga mereka kerana Allah SWT.

Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat reda Allah. Hidup hanya untuk Allah sayang. Reda Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah.

Maafkan semua orang. Doa keampunan. Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat lapan bilion manusia seluruh alam. Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi SAW. Bawa Islam dan kasih

Dalam perkembangan berkaitan, polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes g4gguan seksu4l membabitkan Ebit selepas polis mengambil keterangan mngsa yang membuat laporan.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.