Connect with us

#celeb

“Hina sangatkah saya mencintai suami orang?..” – wanita bingung

Seorang wanita menanyakan soalan berkaitan hal Poligami kepada netizen yang ada didalam group Persona Pengantin di laman sosial Facebook.

Walaupun mendapat komen yang negatif, apapun mari kita menelaah luahan wanita tersebut.

Assalamualaikum admin, terlebih dahulu saya mohon supaya rahsiakan identiti saya.

Saya nak tanya pendapat admin dan rakan yang lain. Mungkin pertanyaan saya ini akan dikecam oleh banyak pihak.

Soalan tentang poligami. Saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah berkeluarga, mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat mengandung.

Kami baru berkenalan selama dua tahun. Dia ada menyampaikan hasrat untuk menjadikan saya sebagai isteri keduanya dan sudah berjumpa dengan kedua ibu bapa saya.

Malah dia memaklumkan pada saya bahawa dia akan beritahu perkara itu kepada isterinya. Tetapi bukan pada masa isterinya sedang sarat mengandung.

Soalan saya, jika saya menjalin hubungan ini atas dasar cinta, adakah ianya satu keputusan yang terhina sebagai seorang wanita? Saya pernah menyuarakan kepada dia bahawa saya rasa bersalah dan kasihan terhadap isterinya sebagai sesama wanita.

Tetapi dia menjawab, dia mampu untuk berpoligami dengan adil. Dan hasrat dia untuk menjadikan saya sebagai isteri kedua itu juga tidak dilarang dalam agama.

Justeru jawapannya itu membuatkan saya dalam dilema. Harap admin dapat membantu saya. Saya terima jika ada yang mengecam saya mahupun marah kerana saya tahu perkara ini sangat sensitif. Saya mohon maaf,”

Setelah dilihat beberapa komen di page tersebut, terdapat satu komen yang menarik perhatian ramai pembaca yang lain.

Komen itu yang ditulis oleh pengguna Facebook yang lain menggunakan nama Deano Rahayudean. Saudara Deano itu memberikan pandangan dari perspektif dia.

“Walaupun saya belum berumahtangga tetapi terpanggil untuk memberikan pandangan. Mungkin kerana adik beradik ramai perempuan dan ibu saya juga adalah ibu tunggal.

Jadi pandangan saya, dari awal perhubungan lagi lelaki itu tidak adil dengan isteri pertama kerana apakah alasan yang dia berikan pada isterinya untuk berjumpa dengan awak?

Yang kedua, kenapa hubungan itu sudah berlanjutan selama dua tahun meskipun awak tahu yang dia mempunyai anak dan isteri? Awak sendiri mencari masalah?

Ketiga, mampu bukan setakat memberi duit kepada anak dan melayan nafsu. Kalau betul dia mampu, maksudnya dia juga mampu menjalankan amanah dan rukun-rukun Islam. Solat tak? Puasa tak?

Keempat, kalau dia menjalankan perintah Allah, tahu tak dia bahawa berdua dengan bukan mahram adalah seperti berdua dengan seekor bab1? Tipulah kalau tidak pernah berjumpa kan?

Dan kelima, pernah terfikir tak suatu hari nanti dia juga akan memberikan alasan yang sama untuk melengkapkan kuota yang ketiga dan keempat isterinya nanti?

Mampu tabahkan hati pada ketika itu? Isteri pertama dapat payung emas, awak pula mendapat payung Shell sahaja sebab rebate isi minyak.

Banyak lagi yang saya nak tanya. Senang cerita, tak payahlah mengusutkan masalah yang ada. Saya sebagai lelaki tidak setuju sebab membayangkan kalau itulah yang terjadi pada adik-adik perempuan saya. Awak dan lelaki itu akan makan kaki kiri dan kanan. Seorang sebelah. Sekian,”

Komen yang diujarkan oleh saudara Deano mempunyai poin-poin yang kuat. Kes sebegini sering berlaku di negara kita. Namun apakah tindakan wanita tersebut boleh diterima atau sebaliknya? Mungkin kita tidak berada didalam situasi wanita itu. Tapi apa yang terjadi sekalipun, moga Tuhan permudahkan urusannya, in shaa Allah.

Apa kata anda? Jangan lupa Like Share dan Follow!

Sumber: sajaheboh

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya