“Tentera kerjanya berkumpulan. Bila dia anti vaksin dan dia menjadi penyebab jika terjadi kes. Habis melarat nanti satu kem.” – jelas warganet

Seorang anggota tentera berpangkat sarjan yang enggan mengambil suntikan vaksin ᴄᴏᴠɪᴅ-19, “diberhentikan secara tidak terhormat”, selepas 19 tahun berkhidmat untuk negara tanpa sebarang rekod disiplin.

Wan Ramly Wan Seman, 39, dari batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Rasa, Negeri Sembilan, bakal kehilangan pencen yang layak diperolehnya dalam tempoh 16 bulan lagi.

Arahan pemberhentian perkhidmatan terhadapnya dikeluarkan Kementerian Pertahanan dan akan berkuat kuasa 26 Ogos ini.

Katanya, tarikh penamatan perkhidmatan sepatutnya pada 21 januari 2023 dan dia sepatutnya melaporkan diri untuk latihan penempatan semula pada Mac tahun depan.

Bapa kepada 3 anak itu memberitahu, dia hanya menggunakan haknya untuk menolak vaksinasi seperti dinikmati setiap warganegara.

“Saya amat kecewa kerana selepas hampir 20 tahun berkhidmat kepada negara tanpa sebarang rekod disiplin, saya dipecat secara tidak terhormat. Saya masih percaya bahawa saya berhak
menolak vaksin kerana kerajaan tidak mewajibkannya,” katanya.

Wan Ramly berkata, beliau akan berdepan kesukaran untuk mengurus anak-anaknya yang berusia 3 hingga 9 tahun, sambil menambah isterinya yang bekerja di sektor
swasta menjadi satu-satunya sumber pendapatan keluarga.

Ini antara komen netizen:

“Mungkin dlam ATM tidak ada perkataan TIDAK ataupun ENGGAN MENURUT PERINTAH. Banyak kes berlaku bila anggota enggan ikut arahan akan dihukum. Ini berbeza penjawat awam lain yang banyak saluran undang undang digunakan jika mereka dipecat dari perkhidmatan. Mungkin sukarela kepada penjawat awam tapi tidak dlam ATM. ” – Ruzilan Talib

“Macam mana jadi askar takut dgn jarum vaksin. Katanya rela berkorban utk negara ” – Mohd Khair

“kau kena faham bro. Vaksin ni berlainan difikirkan berlainan org. Ada org anggap ia bagus, ada juga org anggap ia tak bagus. ” – Shaz Wandy

“hak kerajaan jgak yg nk kerja dgn kerajaan kene vaksin… Kalo xnak vaksin cari je keje lain… Xde org paksa pun keje kerajaan.. ” – Atul Jelita

“Tahniah ATM kerana itula sifat ATM sentiasa bertegas Dan berdisiplin..Semua org wajib berperanan utk melawan ᴄᴏᴠɪᴅ..Bayangkan nt Disebabkan dia saorg 1 bat ATM di jangkiti ᴄᴏᴠɪᴅ. ” – Mohamad Khalil

“Bukan apa semua klu boleh tak nak vaksin tapi kita fikir masa akan datang dibuat kerajaan kata klu tak vaksin tak boleh masuk mana2 tempat yg susah siapa jgn kita fikir kita saja kita kena fikir keluarga kita juga, mana laa tahu mungkin anak kita dapat masuk mana2 IPTA kerana kita tak vaksin terlepas peluang budak tu, kita kena kaji masa akan datang kita tak tahu apa yg kerajaan akan buat, maaf hanya pandangan ” – Mohd Kushari Mat Saad

Derita Bermula

Katanya, penderitaannya bermula pada 7 Julai apabila menolak vaksin ketika diarahkan berbuat demikian dan dia kemudiannya menjalani beberapa sesi pertemuan dengan pihak
atasan yang cuba meyakinkannya.

“Salah satu sesi adalah dengan 7 orang daripada mereka termasuk pegawai pemerintah, pegawai bertugas, doktor dan seorang ustaz. Saya diberi tekanan hebat dan dimarahi mereka.”

“Pada 10 Julai, saya didakwa di bawah 4 seksyen akta angkatan tentera 1972. Ini termasuk tidak mematuhi arahan untuk diberi vaksin yang wajib bagi semua anggota tentera
dan hanya dengan mengatakan, saya betul-betul tidak setuju untuk divaksin,” katanya.

Wan Ramly berkata, beliau meminta untuk dibicarakan di bawah mahkamah tentera tetapi pegawai pemerintah menolak sekeras-kerasnya.

Ketika dihubungi, Presiden Persatuan Patriot Nasional (patriot), Mohamed Arshad Raji berkata, beliau sudah diberi penerangan mengenai kes itu dan berusaha membantu.

“Beliau mungkin melanggar arahan itu tetapi sebagai rakyat yang memiliki hak dalam hal vaksin. Ini tidak wajib bagi rakyat,” katanya.

Katanya, cara terbaik adalah dengan memberinya kursus awal penempatan semula dan beliau dapat menghabiskan masa dengan belajar sebelum menamatkan perkhidmatan.

“Memberhentikannya beberapa bulan sebelum dia layak untuk pencen itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan tetapi agak kejam kerana beliau adalah bapa kepada 3 anak. Ada cara lebih baik untuk menangani seorang askar yang telah menyumbangkan perkhidmatan terbaik ketika masa mudanya kepada negara,” katanya.

Arshad berkata, beliau menangani banyak kes disiplin semasa dalam perkhidmatan tetapi selalu menggunakan belas kasihan dengan mempertimbangkan status keluarga anggota terlibat.

“Sarjan ini tidak melakukan jenayah, kesnya perlu dikaji,” katanya.

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.