“Harap Agong buat keputusan yang bijak demi masa dpn negara dan rakyat! No Mahathir,No Anwar,No Zahid,No Najib!!!!” – netizen berharap

Kedudukan Perdana Menteri terus menjadi perhatian ramai apabila media melaporkan beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Isnin ini. Ia susulan khabar angin yang menjelaskan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin menghampiri garisan penamat dan bakal melepaskan jawatan. Menerusi perkembangan yang sama, sumber pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu Utusan Malaysia bahawa Muhyiddin dijangka akan melepaskan jawatan selewat-lewatnya esok.

“Saya menjangkakan perkara ini akan menjadi lebih awal, selewat-lewatnya esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Situasi Muhyiddin dilihat kelam apabila pembangkang dan UMNO semalam menolak tawaran rentas kepartian sebagai balasan kepada meluluskan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, menjelang September ini.

Malah pegawai pimpinan kanan kerajaan turut memaklumkan, tiada mana-mana parti yang tampil memberi sokongan terhadap apa yang ditawarkan Perdana Menteri.

“Tidak ada pun yang datang pada kita setakat ini. Memang tidak ada,” ujarnya.

Menjelaskan kedudukan DAP yang dilihat memberi majoriti tipis kepada Muhyiddin, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menjelaskan seorang daripadanya yang dilihat cenderung kepada Perdana Menteri telah kembali kepada Pakatan Harapan (PH).

“Ong Kian Ming dah patah balik, malam tadi dia dah jelaskan pada kita. Tinggal Tony Pua sahaja,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Damansara telah menimbulkan persoalan mengenai usaha sia-sia menjatuhkan Muhyiddin yang berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan pendiriannya menyokong dan kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dalam pertemuan bersama pimpinan UMNO Johor.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO memberi penjelasan mengenai pendiriannya bersama 30 Ahli Parlimen itu dan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menarik sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seorang pemimpin kanan UMNO negeri Johor berkata, Ismail Sabri menjelaskan Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kabinet mempunyai tanggungjawab sangat besar dalam menguruskan wabak ᴄᴏᴠɪᴅ-19, selain mahu membantu rakyat kembali kepada kehidupan sebelum ini.

“Timbalan Perdana Menteri memaklumkan, sekarang bukan waktunya untuk meletak jawatan atau pun saling berbalah serta merebut jawatan kerana masalah negara dan membantu rakyat menjadi agenda utama yang harus ditumpukan semua pihak,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pertemuan yang berlangsung di Saujana, kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor itu bukanlah dirancang, sebaliknya diadakan secara mengejut.

Media melaporkan kenderaan membawa Ismail Sabri dilihat meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar Johor, pada jam 3.55 petang selepas kira-kira satu jam setengah mengadakan pertemuan tertutup di situ.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali.

Terdahulu, Ismail Sabri menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi, pada kira-kira jam 10.45 pagi.

Pada 5 Ogos lalu, seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan dan kekal bersama kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri.

Ketika mengumumkan pendirian itu, mereka juga dilaporkan menyokong supaya keabsahan kerajaan PN dan kepemimpinan Perdana Menteri ditentukan pada persidangan Parlimen, September depan.

Pendirian itu dinyatakan pada sidang media yang dihadiri 21 Ahli Parlimen UMNO dan BN, diketuai Ismail Sabri.

Ia susulan Mesyuarat MKT UMNO pada 3 Ogos lalu, sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri.

 

Apa Pendapat Anda? Pada Yang Membaca Minta Jasa Baik Untuk Tinggalkan Komen Untuk Lebih Ramai Nampak Artikel Ini

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : utusanonline

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.