“Harap 31 Ogos akan datang Dafi dijemput menyanyikan lagu Negaraku” – netizen

Bagi seorang penyanyi, tempoh berehat selama 4 tahun itu merupakan jangka masa yang lama dan mempunyai risikonya yang tersendiri.

Menurut penyanyi dan pelakon Dafi Ismail Sabri, tempoh beliau ‘berehat’ selama empat tahun itu membuahkan rasa rindunya untuk beraksi di arena muzik tanah air.

“Sudah lama juga saya tak aktif dalam muzik. Single terakhir saya adalah Girl yang dilancarkan empat tahun lalu. Jadi, bila agak lama tak aktif, itu sedikit sebanyak membuatkan rasa bahawa saya perlu lakukan persediaan sewajarnya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)

Pelakon filem Ada Hantu turut berkata, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sedikit sebanyak ia membantutkan niatnya untuk melancarkan lagu baharu.

“Sebenarnya, saya pun dalam proses untuk keluarkan lagu baharu, tapi disebabkan PKP dan tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), saya tak dapat nak keluarkan lagi buat masa sekarang.

Walau bagaimanapun, beliau berazam akan memberi komitmen sepenuhnya bagi menghasilkan karya yang terbaik disebabkan sudah lama tidak mengeluarkan lagu baharu.

“Disebabkan sudah lama tak keluarkan lagu, saya rasa kena buat betul-betul dan berikan komitmen 100 peratus untuk mendapatkan hasil yang terbaik,” katanya.

Selain bergelar seorang penyanyi, bekas peserta Akademi Fantasi musim ke-5 itu juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem Ada Hantu yang kini sedang ditayangkan di Disney+Hotstar arahan Hairul Azreen dan diterbitkan oleh Adrian Teh.

Antara komen netizen:

“Dafi, buat bisnesla, keperluan asas, kedai makan ker, jadi pembekal ker? tkyah susuh-susuh nk branding semua org dah kenal, boleh bantu ramai org bg peluang kat anak muda. Fikir fikirkanlah” – Ramlee Hamid

“Baik ko jual keropok lekor kat kerayong bera tuu lagi bagus…ko menyanyipon kelaut lagi mau nyanyi ka???punei toiii ” – Khar Jug Koh

“Tapi tak rindu pun nak dengar dafi menyanyi..lebih baik tak yah nyanyilah.. ” – Azein Nieza

“Tiberr… baik kau ikut contoh anak abah si najwa tu senyap jer low profile. Sebelum abah tukar nama dari muhyiddin ke mahiaddin si najwa tu dh tukar dulu sebab tak nak kaitkan dgn abahnya…” – Dianna Kim

“Lepas ni berlumba3 orang nak ambik awak nyanyi Dafi..dont worry..kalau dulu depa kata sora x sedap..la ni sure depa kata sora mengalahkan buluh perindu…tu lumrah ‘manusia’ .. ” – Roz MN

“bapak org no 1 mlysia, karaoke dlm bilik dah laa dafi. nnti pesan kat ayah fokus pasal covid n rakyat yea..dafi jgn nk berpolitik plak, kesia kat ayah dafi nanti ..hmmm ” – Raffi GHazali

“Better Dafi xpayah da la masuk industri muzik lg,jaga air muka ayah ko tu,nti xpasal2 bl kamu masuk org ckp kamu guna kabel plak…tambah2 ayah kamu da jd PM. Better buat nenda yg berfaedah ” – Jembalang Putih

“tak payah lah dafi…wat lah kerja lain yg lebih berguna..jadi bahan celaan nitezen aja nanti..tercalar nama orgtua nanti ” – Misai Jamal

“Nanti lar dulu wei ! Nak tgk dulu ayah awak buat keje mcm mana dulu , kalau gagal kang abis anak beranak kena kecam . Kes covid ni pon tak settle lagi dan byk org yg hendak di tido kan , kau pulak nak start nyanyi !! Apa hal.. ” – Mohd Shariff Hussein

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: beautifulnara

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.