(Video) Seram, Lava Gunung Berapi Dilaporkan ‘Menelan’ Rumah Penduduk, ‘Mengalir’ Di Jalan

Satu letusan gunung berapi di Kepulauan Canary, Sepanyol menyebabkan lava memenuhi jalanan di kawasan perumahan yang terlibat, memaksa sekitar 6,000 penduduk tempatan melarikan diri, lapor Daily Star.

Menurut portal berkenaan, dalam kejadian jam 3 petang waktu tempatan pada Ahad lalu (19 September), cairan dan aliran lava telah ‘memakan’ bangunan-bangunan di lokasi yang terbabit. Namun, tiada korban jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian letusan pertama sejak 1971 itu.

Rakaman viral tragedi tersebut menunjukkan aliran lava bergerak ke arah sekumpulan bomba yang bertugas di salah sebuah kampung yang terbabit. Menurut Sergio Rodriguez selaku datuk bandar, lava itu telah membakar semua benda yang berada di laluannya.

The Daily Star menambah bahawa cairan berapi tersebut telah memusnahkan kediaman, infrastruktur dan pokok-pokok di kawasan yang terjejas.

Sementara itu, pasukan krisis tempatan dilaporkan khuatir terhadap kesan pelepasan gas toksik yang berisiko terjadi sekiranya lahar sampai ke laut.

Lantaran itu, suatu zon khas telah diwujudkan di laut sejajar dengan kawasan pantai manakala kumpulan penyelamat akan menghalang akses ke lokasi terlibat, tulis Daily Star.

Lava setinggi enam meter itu pada awalnya dipercayai bakal tiba ke pantai pada 8 malam waktu tempatan, namun dilaporkan bergerak lebih perlahan.

Berikut adalah kompilasi pergerakan lava semasa kejadian.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber: Daily Star, @velocity2121

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.