“Nak ikut SOP macam mana kalau dah dipanggil ke PPV ramai mcm tu. Kalau betul nak elak jangkitan, Datang Rumah” – netizen bagi idea

Umum sedia maklum rakyat Malaysia di Lembah Klang yang ingin mendapatkan suntikan ᴠᴀᴋsɪɴ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 boleh berbuat demikian apabila kaedah secara jumpa terus atau ‘walk-in’ telah mula dijalankan di beberapa Pusat Pemberian ᴠᴀᴋsɪɴ (PPV) terpilih, bermula 2 Ogos lalu. Berikutan dari kaedah yang diluluskan tersebut, telah tular banyak video yang memaparkan Pusat Pemberian ᴠᴀᴋsɪɴasi (PPV) di ibu kota sesak dengan warga asing yang ingin mendapatkan suntikan ᴠᴀᴋsɪɴ ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Susulan itu, tular pula satu video lain yang turut memaparkan keadaan sesak bagaimanapun kejadian tersebut dikatakan berlaku di salah satu PPV di Sabah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, menunjukkan keadaan sesak di PPV tersebut selain orang ramai beratur secara dekat tanpa penjarakan sosial.

Pengguna Twitter berkenaan turut mempersoalkan tindakan penguatkuasa yang tidak memantau keadaan tersebut selain meluahkan rasa bimbang perkara ini bakal menjadi punca kes jangkitan semakin bertambah.

“Siapalah yang nak disalahkan ini ye. Dekat mana2 sahaja penerima ᴠᴀᴋsɪɴ disusun atur cantik peraturannya. Ini kenapa jadi mcmni ye.. pelik..pelik. Duduk dikerusi diatur ikut SOP..datang ditetapkan masa..ikut pengalaman saya yang sudah lengkap 2 dos. Memang cantik peraturannya. Maafkn saya kalau silap cakap ” luah seorang netizen yang pelik bagaimana perkara ini boleh terjadi malah dibiarkan sahaja.

“Takyah jauh la.. Sedangkan kat kedai runcit yang tak berapa ada orang tu pon kekadang nak juga beratur kat belakang orang rapat2 sedangkan dah ada lekat tape kat lantai tu kat mana dia patut berdiri.. Susah kalau manusia tapi kelaku tak paham bahasa mcm ni..” kata seorang lagi bengang dengan penduduk setempat yang tidak patuh dengan SOP yang ditetapkan

“Kerajaan tak gagal tapi pengurusan kerajaan yang gagal…ada mysejahtera berjuta2x bayar tapi yang tunggu giliran tak dapat..tapi sibuk buat walk in dengan alasan rakyat banyak anti ᴠᴀᴋsɪɴ..yang tunggu giliran ni ape citer pulak…ape guna mysejahtera berjuta2x kalo tak boleh buat jadual pengambilan ᴠᴀᴋsɪɴ..patut walk in dimansuhkan kalau tak dapat buat kawalan yang ketat..”

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen turut kesal dan kecewa melihat keadaan itu. Malah mereka juga berpendapat akan tindakan pengunjung-pengunjung tersebut yang tidak peka SOP walaupun sudah 2 tahun hidup dalam pandemik ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

 

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.