“Dapat solatkan untuk ayah..” Ini Luahan Ashraf Muslim Bila Dapat Menguruskan Jenazah Arwah Ayahnya Sehingga Ke Liang Lahad

Pelakon, Ashraf Muslim memaklumkan bahawa jenazah arwah ayahnya, Muslim Bulat telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Seksyen 9, Petaling Jaya pada petang Selasa.

Bapa kepada pelakon berusia 40 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.37 pagi Selasa di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah 8 hari bertarung nyawa kerana jangkitan Cov1d-19.

a

a

Menerusi entri terkini di laman media sosial Instagram, Ashraf meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan melakukan solat jenazah arwah sehingga pengembumian selesai.

Dalam pada itu, Ashraf memberitahu bahawa dia kini reda dengan pemergian bapa tercinta.

a

“Pemergian ayah yang dirindui Semalam telah pergi seorang ayah yang membesarkan aku, sedih tak terkira hati ini.

“16 tahun dulu aku telah kehilangan seorang mak yang kusayang kali ini Allah ambil ayah pulak.

“Ada sebab kenapa Allah ambil mereka dulu. Ini adalah dugaan untuk semua. Banyak dipelajari dalam hidup ini, bertabahlah,” tulisnya.

Sambil menyatakan rasa rindu, Ashraf pada masa sama turut menyifatkan situasi yang berlaku tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Wahai hati.. terimalah dengan redha dgn takdir Allah swt. Ini adalah terbaik utk ayah walaupun pahit utk aku dan adik beradik tapi bg Allah ini adalah jalan terbaik untuk ayah.

“Alhamdulillah, dari kelantan all the way sempat sampai ppum dan dapat solatkan utk ayah, bersama seketika dengan ayah sehingga ke liang lahad, syukur buatku.

“Pengalaman ini takkan ku lupa sampai ma.ti. Along rindu ayah, banyak perkara Along nak buat ngn ayah tapi tak kesampaian. Ralat dihati ini.

“Tapi Aku faham , Allah yang tetapkan segala-galanya. Nak kata rindu mmg rindu gila lah.. mana taknya orang yg kita sayang dalam masa yg singkat tiba-tiba hilang dari pandangan kita kan. Allahuakbar.

“Ayah.. miss you so much. Along akan jaga adik2 dengan baik. InsyaAllah.. Allah akan tempatkan ayah bersama mereka yang beriman,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Aahraf pernah memaklumkan tahap kesihatan bapanya semakin merosot selepas jantung dan beberapa organ dalamannya telah rosak akibat jangkitan Cov1d-19.

Foto: Instagram Ashraf Muslim

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.