‘Saya Tidak Kisah Jika Mendapat Bantuan Asnaf. Sekurangnya Dapatlah RM3OO Sebulan’ – Bad Indigo Kini Sangat Memerlukan Wang

” Saya bercadang untuk meminta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dapatlah sekurang-kurangnya RM300 sebulan.”

Itu luahan dari ahli kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdulah atau Bad, 46, yang mengakui memerlukan wang yang banyak bagi proses rawatan setelah semua jari kaki kirinya dipotong kerana diabetes, pada September lalu.

Bad ketika dihubungi berkata, beliau perlu pergi ke klinik bagi proses mencuci luka dengan kos sekitar RM35 setiap kali rawatan.

” Saya terpaksa melakukannya di klinik swasta kerana di klinik kerajaan saya harus menunggu lama sedangkan saya memang tidak larat untuk berbuat begitu,” katanya.

Bad berkata, proses mencuci luka itu harus dilakukan selang sehari dan setiap minggu beliau kena memperuntukkan sekitar RM140.

” Ia sesuatu yang amat sukar lebih-lebih lagi saya tiada cara lagi untuk mendapatkan wang kerana telah kehilangan pendapatan selama setahun,” katanya kepada Harian Metro.

Bad berkata, dalam keadaan sekarang sangat sukar baginya untuk bekerja.

” Pekerjaan dan tugas saya dulu pun dalam pengurusan acara. Apabila terdapat penularan COVlD-I9, tidak ada acara yang dapat diadakan.

” Walaupun pun, saya tidak dapat bergerak. Satu lagi kepakaran dan kemahiran saya adalah membuat kertas kerja acara untuk orang, tetapi sayangnya acara pun tidak ada sekarang,” katanya.

Menurutnya, untuk menjual makanan pula beliau tidak mempunyai kemahiran memasak, manakala untuk membuat ulasan berbayar beliau tidak memiliki pengikut yang ramai di media sosial.

” Saya juga meminta pertolongan dari keluarga, seperti kakak apa yang boleh dibantu. Mak juga banyak membantu dari segi kewangan. Siapa yang mahu menyusahkan ibu dan adik-beradik tetapi dah terpaksa. Dah tiada jalan lain.

” Isteri saya, Ashira sebelum ini pernah menyanyi di platform MICO. Pada mulanya okey tetapi lama-kelamaan terdapat banyak syarat sehingga menyusahkan dan terpaksa berhenti,” katanya.

Bad berkata, Ashira boleh memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM1,200 sebulan pada waktu itu.

” Sekarang semuanya sudah berakhir. Syukurlah buat masa ini kami tidak putus makanan lagi. Saya sangat berharap ada pekerjaan untuk menjana pendapatan.

” Selepas ini saya bercadang untuk meminta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekurang-kurangnya dapatlah RM300 sebulan. Saya pun tak kisah sekiranya mendapat bantuan asnaf kerana sangat memerlukan wang,” katanya.

Bad mengatakan bahawa beliau kini bergantung harap pada pengeluaran wang skim i-Citra melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyara kehidupan.

” Ia cuma untuk 5 bulan saja. Selepas itu entahlah, semoga ada lagi sambungan. Itulah wang yang saya gunakan untuk menyara anak-anak, nafkah isteri dan membayar perbelanjaan rawatan.

” Nasib baik untuk rawatan di hospital saya mendapat kad OKU (Orang Kelainan Upaya) dalam sebulan, kira okeylah.

” Sebelum itu saya terpaksa bayar ribuan ringgit. Untuk proses potong jari kiri kaki saya sepenuhnya di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) 3 minggu lalu pun dibiayai sepenuhnya untuk pembedahan.

” Tetapi saya kena bergerak menggunakan perkhidmatan Grab untuk rawatan susulan. Status OKU sangat banyak membantu saya,” katanya.

Pembedahan tersebut juga mengehadkan pergerakan Bad dan beliau terpaksa menggunakan ‘walker’ kerana dia tidak boleh memijak lantai.

” Separuh dari tapak kaki kiri dipotong dan sebahagian kulit tapak kaki ditolak ke atas dan dijahit, tetapi lukanya terbuka. Itu yang sakit bila memijak. Apabila daging naik dan sebati dengan kulit baru okey.” akhiri Bad.

Kenali Bad/ Indigo

Bad merupakan anggota kumpulan Indigo di mana kumpulan ini pernah berentap dalam musim 2020 program realiti, Gegar Vaganza ketujuh (GV7).

Dianggotai tiga orang ahli iaitu Badrul Izhan atau nama komersialnya, Bad, 45, Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin atau Shah, 46 dan Shahrul Nizam atau Zam, 45.

Deretan lagu popular yang pernah dirakamkankan Indigo seperti Suraya, Andai Kau Pergi, Istimewa, Gadis Misteri, Sehidup Semati (duet bersama Juliana Banos) dan banyak lagi.

Pernah bernaung di bawah label KRU Records. Seangkatan dengan kumpulan era 90-an yang lain, antaranya Elite dan A to Z.

Lagu Suraya yang melonjakkan nama mereka merupakan lagu asal kumpulan Headwind yang dirakamkan semula dengan nafas baharu.

Bad aktif melakukan kerja-kerja disebalik tabir dan memegang peranan sebagai event manager.

Rakan Bad, Shah Indigo pula adalah suami kepada penyanyi Liza Hanim yang merupakan peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) dan dinobatkan naib juara dalam musim berkenaan.

Bad berkahwin dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021, mereka mula jatuh cinta sewaktu sana-sama menyertai GV7.

Sebelum ini, Ashira pernah mendirikan rumah tangga pada 2006 namun bercrai pada 2015. Hasil perkahwinan tersebut, Ashira dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Megat Shazril Haziq Hadi, 15.

Bad pula pernah bernikah pada 2007 dan bercrai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Rayyan, 12 dan Rania, 11.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.