“Rindu anak-anak ibu. Ya Allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku,”- Siti Sarah

Pelawak Shuib berkongsi keadaan isterinya juga penyanyi, Siti Sarah masih belum stabil selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, semalam akibat tahap oksigen menurun.

Menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkongsi tangkap layar panggilan video bersama Sarah dan menulis kata-kata semangat buat penyanyi lagu Kesetiaan itu.

“Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat, okay.

“Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji, Allah sayang,” katanya.

Sementara itu, Sarah menerusi hantaran di Instagram Story memuat naik gambar anak-anaknya dan meluahkan rasa rindu kepada mereka.

“Rindu anak-anak ibu. Ya Allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku,” katanya.

DIfahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, semalam, namun mengalami batuk sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Beliau dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, namun sejak semalam dia mengalami batuk.

“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini,” katanya

Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaharu di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.

“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.

“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya,” katanya.

Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.