“Saya tawarkan RM8 juta dato. Saya bayar dua kali. Bayaran pertama rm50. Bayaran kedua. Bila ada duit saya bayar.” – netizen kaki try

Sebelum ini usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur 7 tahun pernah memberitahu mahu menjual rumah miliknya di Pavillion, Kuala Lumpur, namun tidak berjaya walaupun sudah setahun diiklankan. Terbaharu, beliau yang popular dengan lagu Lala Raya itu kelihatan tertekan apabila rumah miliknya yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu masih belum terjual. Luahan itu dibuat Aliff menerusi satu posting di Instagramnya, semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, rumah berkenaan dijual pada harga RM6 juta dan ia lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM6.5 juta.

“Home sweet home bawah Pavilion mall Bukit Bintang dan berjiran dengan JW Marriot.

“Menunggu pembeli rumah ini yang tidak kunjung tiba, saya jer duduk sini.

“Saya dah jual murah RM6 juta jer sebab harga market value adalah RM6.5 juta,” katanya.

Menurutnya, antara faktor utama rumah tersebut masih belum dijual berkemungkinan berpvnca daripada situasi pandemik yang mel4nda negara.

“Tak tahu apa masalah masih tak ada pembeli sekarang ni musim ᴄᴏᴠɪᴅ-19 nak shopping semua tutup kedai.

“Kalau siapa nak beli hubungi manager saya,” katanya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju pandemik menjadi punca jualan rumah tidak mendapat sambutan. Tidak kurang juga ada yang beranggapan ayat digunakan Aliff seolah nilai RM6 juta itu adalah jumlah yang kecil.

“Takkan tak faham² kias die tu.. nk bgiathu.. tiada siapa mmpu miliki rumah semahal tu.. dia sorang je ada..”

“Eh kenape nk jual rumah tu duit dh x de ke meh jual kat aku …byar ansuran sebulan 10 rngit sampai 6 juta boleh”

“Xpayh jual la … Wakaf kn jer buat pusat tahfiz ke … Rumah transit utk gelandangan ke , buat pape jer .. Utk saham akhirat pula asyik2 saham dunia je kn … What say u …” tulis beberapa netizen.

KOMEN NETIZEN:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber : Gempak

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.