“Saya Bayar Sekitar RM50k Sehingga RM100k Setiap Kali Saya Menggunakan Helikopter Itu” – Jutawan Azlan Al Amin

” Saya bayar sekitar RM5O,OOO sehingga lebih RM1OO,OOO setiap kali menggunakan perkhidmatan helikopter berkenaan,”

Itulah kata-kata jutawan hartanah Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin.

Menurut Azlan, 34, dari Kampung Tok Raja, Jertih, beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai helikopter yang digunakan selama ini termasuk mengakui bahawa helikopter tersebut adalah miliknya.

” Semuanya persepsi masyarakat yang beranggapan helikopter itu kepunyaan saya. Maklumlah mereka biasa lihat helikopter itu diparkir di hadapan rumah.

” Malah, pernah sampai berhari-hari helikopter itu tersadai di hadapan rumah sekali gus memberi tanggapan bahawa helikopter itu kepunyaan saya.

” Sebenarnya saya tiada apa-apa masalah mengenai tanggapan orang ramai mengenainya cuma apabila ada pihak tertentu sengaja mencipta sensasi berbau ftnah, saya perlu memberi penjelasan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Katanya, beliau menggunakan perkhidmatan helikopter tersebut bertujuan untuk perniagaan hartanah yang dijalankan dan menjadi keperluan yang wajar kerana semua perkara dan urusan perlu dijalankan dengan cepat dan lancar.

” Saya perlu menggunakan perkhidmatan helikopter sewa itu untuk meninjau tanah-tanah yang dibeli dan bakal dimajukan.

” Kadangkala dalam masa sehari, saya perlu berada di beberapa negeri atas urusan perniagaan. Oleh itu penggunaan perkhidmatan helikopter memang diperlukan bagi mempercepatkan pergerakan.

” Paling rendah caj sewa satu jam ialah sekitar RM8,000 dan biasanya paling kurang saya akan sewa selama lapan hingga 10 jam untuk urusan perniagaan hartanah yang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, beliau pernah ditawarkan membeli helikopter dengan harga RM10 juta, tetapi tidak digalakkan membeli helikopter bagi keperluan peribadi atas nasihat mereka yang pakar.

” Walaupun kos sewaan helikopter agak tinggi, tetapi kos penyelenggaraan juga lebih tinggi beberapa kali ganda jika memilikinya dan ia langsung tidak menguntungkan saya.

” Ini kerana penggunaan helikopter itu bukan pada setiap hari.

” Maka saya rasa tiada keperluan untuk membeli helikopter buat masa sekarang walaupun mempunyai kemampuan jika mahu,” katanya yang pernah bekerja sebagai pengutip sampah sebelum berjaya dalam hidup.

Katanya, beliau juga tidak menolak kemungkinan akan memajak sebuah helikopter dan pesawat peribadi untuk urusan perniagaannya di seluruh negara ini.

Bercakap mengenai tuduhan berbau fitnah yang dilemparkan terhadapnya di media sosial, katanya, beliau memandang serius perkara tersebut dan telah melantik peguam untuk tindakan undang-undang.

” Memang tidak dinafikan ada segelintir individu tertentu yang dikenali menimbulkan persepsi burvk dan berunsur ftnah sejak kejayaan saya tular di media sosial.

” Oleh itu, bagi menjaga nama baik dan kredibiliti, saya melantik beberapa peguam untuk mengambil tindakan perundangan atau sam4n maIu terhadap pihak berkenaan.

” Tindakan sman itu sebagai pengajaran kepada pihak berkenaan supaya jangan sesuka hati mencipta sensasi negat1f di media sosial,” katanya.

Azlan yang kini menguruskan perniagaan hartanah bernilai jutaan ringgit berharap semua perkongsian mengenai kejayaannya dalam sektor hartanah akan menjadi contoh bagi masyarakat untuk berjaya.

” Masyarakat perlu membuka fikiran untuk melihat kejayaan yang ditonjolkan itu pada sudut positif dan tidak mencari titik kelemahan yang tidak menguntungkan,” katanya.

Sebelum ini, viral dakwaan warganet mengenai Azlan yang dianggap cuba memanipulasi orang ramai mengenai pemilikan helikopter yang digunakan beliau.

Selesa berkain pelekat dan berbaju t-shirt

Sebelum ini, kisah kejayaan seorang anak muda ‘Jutawan Pengutip Sampah’ berusia 34 tahun dari Kampung Tok Raja, Besut yang bangkit dari keluarga miskin tegar dan berubah menjadi seorang jutawan hartanah yang disegani menjadi topik hangat dan bualan masyarakat.

Klip videonya yang menaiki helikopter dan mengambil bapanya di rumah untuk bersarapan di kedai kopi di Kuala Besut telah meraih 1.6 juta tontonan di Facebook.

Hakikatnya, orang ramai hanya melihat sisi mewahnya di media sosial tetapi terlepas pandang akan sisi sederhana Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin yang tidak kekok menjalani kehidupan normal selain menjaga ternakan lembunya walaupun kini mempunyai aset berpuluh juta ringgit.

Tanpa berselindung Mohamad Azlan mengakui bahawa dia lebih selesa tinggal di kampung sambil mengurus dan menjaga ternakan lembu.

” Orang kenali saya dengan penampilan korporat dan menaiki helikopter di media sosial, tetapi hakikat sebenar hanya orang kampung yang bergelumang dengan lumpur dan najis lembu.

” Berkain pelekat dan berbaju t-shirt putih ialah pakaian kegemaran saya pada setiap masa. Jika boleh ketika hadir ke mesyuarat juga ingin pakaian seperti itu.

” Kita bekerja dengan masyarakat dan perlu ikut peraturan dan kesesuaian masa dan tempat,” katanya.

Katanya, beliau tidak pernah menyangka videonya menaiki helikopter dan pulang ke rumah untuk membawa ayahnya, Abdullah @ Ali Ahmad, 74, ke sebuah kedai kopi menjadi viral.

” Saya menjalankan perniagaan hartanah dan kaedan pengangkutan udara iaitu helikopter diperlukan untuk meninjau tanah daripada pandangan udara.

” Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk cuma helikopter itu satu keperluan dalam kerjaya saya. Apabila tindakan saya pulang ke rumah dengan helikopter, ia sesuatu yang pelik kerana situasi seperti itu jarang berlaku.

” Bagaimanapun, bagus juga tular kerana ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada anak-anak muda untuk bangkit berjaya seperti saya,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak memiliki kemewahan seperti yang disangka ramai dan lebih selesa hidup sederhana.

Check Also

“Memori hampir hilang ketika terlantar, saya ditatang bagai bayi yang masih kecil” Dijaga 15 Tahun Oleh Edika Yusof, Ini Luahan Isteri

adalah seorang seorang pelakon yang masih menghiasi kaca televisyen dan popular diminati ramai hingga kini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.