“Saya Cakap Nak Pergi Ke Bengkel” – Respon Azri Iskandar Setelah Ellie Suriati Dapat Tahu Dia Buat Benda Tu Secara Senyap2

” Dah terpaksa, kenalah ambil juga..”

Itulah kata-kata pelakon Azri Iskandar yang mengakui bahawa beliau terpaksa berbohong kepada isterinya Ellie Suriati Omar ketika ingin mendapatkan svntikan vksin COVlD-I9.

Azri berkata, tindakan itu diambil untuk menjaga keharmonian rumah tangga mereka.

Apabila ditanya alasan diberikan untuk keluar mendapatkan svntikan tersebut, kata Azri, beliau memaklumkan pada Ellie yang mahu pergi ke bengkel.

” Ellie sangat terkejut apabila mengetahui saya dah lengkap dua dos vksin COVlD-I9. Selama ni saya sering jawab ‘tak’ saja apabila ditanya mengenai vksin walaupun sebenarnya saya dah cucvk (ambil vksin).

” Dia tahu hanya selepas saya memaklumkan kepadanya yang saya akan jalani penggambaran.

” Semasa nak pergi pusat vksin tu pun saya cuma bagitahu Ellie yang saya nak pergi ke bengkel hantar anak,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemilik nama penuh Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar itu mengakui bahawa beliau sebenarnya tidak pasti bagaimana untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada isterinya itu yang terkenal sangat lantang bersuara berkaitan svntikan vksin COVlD-I9.

Kata Azri, jika beliau tidak mendapatkan svntikan vksin, berkemungkinan akan hilang punca untuk mencari nafkah bagi keluarganya kerana kerajaan telah menggariskan syarat tersebut kepada penggiat dan aktivis industri kreatif sebelum mereka boleh menjalani sebarang penggambaran.

” Sebelum ni dia (Ellie) asyik bising pasal anti4ksin. Saya pula terpaksa ambil vksin. Jika tak ambil, tak boleh bekerja.

” Saya pun takut nak ambil vksin tu sebenarnya. Tapi dah terpaksa, kenalah ambil juga,” katanya.

Harap ada ruang berbincang

Setelah mendapatkan svntikan berkenaan, Azri bersyukur beliau ditawarkan bekerja dengan Skop Productions Sdn Bhd untuk drama 8 episod berjudul Kuasa yang diterbitkan oleh Astro.

Azri telah pergi ke pusat v4ksinasi bersama dengan anak ke-3 dari perkahwinannya terdahulu, iaitu Nur Anis Mastura, 26. Dia selesai menerima svntikan ke-2 vksin pada 26 Ogos lalu.

Ellie sebelum ini mengakui beliau menemani 2 orang anaknya, iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 12, untuk membuat laporan polis pada 30 Ogos lalu dengan alasan ingin mempertahankan hak mereka untuk menolak svntikan vksin COVlD-I9 yang mahu dilaksanakan kerajaan ke atas pelajar.

Turut hadir membuat laporan, seorang lagi rakan Azrell yang juga berusia 17 tahun.

Pengarah, pelakon dan penulis skrip itu malah berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk menghentikan kedua-dua anaknya dari meneruskan persekolahan sekiranya kerajaan memaksa pelajar mengambil vksin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai anak-anaknya yang mungkin terpaksa berhenti dari persekolahan kerana menolak vksin, Azri berkata, mungkin masih ada ruang untuk beliau berbicara mengenai hal itu dengan Ellie.

” Saya berharap boleh berbincang dengan Ellie pasal persekolahan anak-anak. Mungkin di kemudian hari, Ellie juga akan terbuka hati untuk ambil vksin terutama bila keadaan sudah terpaksa.

” Saya harap dia akan berfikir panjang,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Ellie tetap akan jaga suami

Semalam, Ellie, 51, menyatakan bahawa beliau terpaksa akur dengan tindakan suaminya yang telah lengkap mengambil 2 dos vksin tanpa memaklumkan kepadanya.

” Azri dah vksin, dah dua dos. Dia buat tu pun tak cakap dengan saya.

” Senyap-senyap dia pergi dan tak cakap dengan saya apa-apa pun. Tapi saya tengok cara dia tidur lain. Dia tak boleh tidur macam biasa, dia kena terbalikkan badan dia sebab dada tak sedap.

” Dia terpaksa letak dua tangan tak dada dia. Lepas satu ke dua jam lepas dia rasa selesa baru dia mengiring. Dulu mana ada dia macam tu tidur.

” Tapi kita kena jaga makanan lah, orang dah vksin ni tak boleh ambil protein banyak, tak boleh makan daging banyak.. kena makan banyak sayur.. seafood pun tak boleh makan banyak.

” Pada saya… saya pun tak nak bergadvh kerana itu pilihan dia. Tak apa la, tak ada bergadvh kat rumah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Azri, Ellie mengatakan dia memilih untuk bersikap rasional tentang hal tersebut kerana suaminya harus keluar bekerja mencari nafkah untuk mereka sekeluarga.

Tambahan pula sebagai pelakon, mereka mesti memenuhi syarat lengkap 2 dos vksin sebelum dibenarkan terlibat dalam mana-mana produksi.

” Dia tak happy dengan perkara ni (vksin). Tapi sebab dia ketua keluarga, kena cari nafkah.

” Sebab itu dia buat ni diam-diam tanpa beritahu saya… tahu-tahu je dah dua vksin.

” Jika dia jatuh sak1t saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan teruskan makan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga jadi berpecah sebab keputusan ni,” katanya.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.