“ᴅᴏᴋᴛᴏʀ Maklum Jangka Hayatnya Cuma Setahun”, lbu Rayu ɴᴇᴛɪᴢᴇɴ Untuk Mendoakan Nur Arissa

BATU GAJAH – Baru berusia 13 bulan, Nur Arissa Mohamed Idris telah diuji dengan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ʜʏᴅʀᴏᴄᴇᴘʜᴀʟᴜs atau lebihan cecair di dalam otak yang menyebabkan ᴋᴇᴘᴀʟᴀɴʏᴀ menjadi besar dan ᴍᴇɴᴅᴇʀɪᴛᴀ ʙᴀʀᴀʜ, ɢᴇʀᴍ ᴄᴇʟʟ ᴛᴜᴍᴏʀ. ᴋᴇᴀᴅᴀᴀɴ itu membuatkan Nur Arissa hanya ᴛᴇʀʙᴀʀɪɴɢ dan tidak dapat ʙᴇʀɢᴇʀᴀᴋ ᴀᴋᴛɪғ seperti bayi sᴇᴜsɪᴀɴʏᴀ.

Menurut Suhaini Mohd Yusof, 37, ᴋᴇᴘᴀʟᴀ anaknya mula membesar ketika berusia 3 bulan, manakala ʙᴀʀᴀʜ dikesan sejurus anaknya ᴅɪʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ. Suri rumah dari Taman Perumahan Awam Bemban di sini, berkata, Nur Arissa juga telah menjalani 2 ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ untuk membuang lebihan ᴄᴇᴄᴀɪʀ yang ʙᴇʀᴛᴀᴋᴜɴɢ, pada 16 April 2020 yang turut berlangsung ᴋᴇᴍᴏᴛᴇʀᴀᴘɪ pertamanya pada 18 Jun lalu.

Namun, Suhaini berkata, ᴋᴇᴀᴅᴀᴀɴ Nur Arissa tidak berubah dan ᴋᴇᴘᴀʟᴀɴʏᴀ masih membesar dan dia perlu menjalani ᴘᴇᴍᴇʀɪᴋsᴀᴀɴ sᴜsᴜʟᴀɴ di ʜᴏsᴘɪᴛᴀʟ Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh setiap 3 bulan sekali. “Sebelum melahirkan Nur Arissa, ᴅᴏᴋᴛᴏʀ ada beritahu saya bahawa ada ᴋᴇᴍᴜɴɢᴋɪɴᴀɴ ᴋᴇᴘᴀʟᴀɴʏᴀ akan membesar disebabkan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ itu dan ᴍᴇɴᴊᴀɴɢᴋᴀᴋᴀɴ ʜᴀʏᴀᴛɴʏᴀ setakat umur setahun saja.

“Sebagai ibu, agak sukar untuk saya terima pada mulanya dan yang lebih ᴍᴇɴʏᴇᴅɪʜᴋᴀɴ apabila Nur Arissa ᴅɪsᴀʜᴋᴀɴ pula ᴍᴇɴɢʜɪᴅᴀᴘ ʙᴀʀᴀʜ hasil ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) selepas ᴅɪʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ. Bagaimanapun, saya dan suami (Mohamed Idris Ibrahim, 50) cuba redha dengan ketentuan itu meskipun tidak sanggup melihat Nur Arissa ᴍᴇɴᴅᴇʀɪᴛᴀ ketika masih kecil,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sebalik ᴅᴇʀɪᴛᴀ itu, Suhaini berkata, menguruskan Nur Arissa sangat mudah kerana anak itu tidak banyak ʀᴀɢᴀᴍ dan senang dijaga. “Setakat ini, saya senang menjaganya sendiri dan jika ᴋᴇᴍʙᴜɴɢ ᴘᴇʀᴜᴛ atau sᴀᴋɪᴛ sekalipun, Nur Arissa hanya memberi isyarat seperti meneran.

“Alhamdulillah, anak sulung saya (Nur Fatiyah, 3) amat sayangkan Nur Arissa dan tidak pernah ʙᴇʀᴋᴀsᴀʀ malah sentiasa menemani adiknya dengan baring di sebelah untuk bermain bersama,” katanya. Menurutnya, Nur Arissa menerima ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diluluskan mulai bulan ini, selain sumbangan orang ramai yang ᴘʀɪʜᴀᴛɪɴ apabila mengetahui kisah anak itu.

Katanya, anak ɪsᴛɪᴍᴇᴡᴀɴʏᴀ itu ada ʀᴇᴢᴇᴋɪ buat mereka sekeluarga dan dia berharap Nur Arissa akan sembuh satu hari nanti serta tidak akan berhenti ʙᴇʀɪᴋʜᴛɪᴀʀ. “Bagi kami, anak yang sᴀᴋɪᴛ bukan ʙᴇʙᴀɴ tetapi ᴀɴᴜɢᴇʀᴀʜ Allah berikan, jadi saya akan terus menjaga Nur Arissa dengan sabar selagi ᴛᴇʀᴍᴀᴍᴘᴜ kerana yakin ada ʜɪᴋᴍᴀʜ di sebalik semua ini,” katanya. Orang ramai yang ʙᴇʀʜᴀsʀᴀᴛ membantu boleh menghulurkan sᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ ke ᴀᴋᴀᴜɴ ᴄɪᴍʙ 12210067041529 atas nama Mohamed Idris Ibrahim atau menghubungi Suhaini di talian 013-683 4956.

sumber : MH

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.