Connect with us

#celeb

Ibu Ezad Lazim Rebah Dalam Bilik Air Telah Kembali Ke Rahmatullah

Bonda tersayang kepada penyanyi lagu Luahan Cintaku, Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim atau lebih mesra disapa Ezad Lazim, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6:30 pagi tadi.

Ketika dihubungi oleh Pihak Gempak, Ezad bersama isteri dan anak-anaknya dikatakan sedang bergegas pulang ke Alor Setar, Kedah. Kata Ezad, dia dimaklumkan tentang dugaan pahit ini oleh kakaknya.

Ezad Lazim memberitahu bahawa ibunya, Rosadah Jahaya yang berusia 69 tahun telah meninggal dunia di kediaman mereka di Taman Wira, Mergong, Alor Setar, Kedah pada jam 6:30 pagi tadi.

Menurut kakak kedua Ezad, Rozaimah Mohd Lazim, dia mengatakan ibu kesayangan mereka rebah didalam bilik air sewaktu mengambil wuduk untuk menunaikan ibadah solat Subuh.

“Emak tiada apa-apa sakit dan kalau ada pun hanya darah tinggi tapi terkawal. Seperti biasa, pagi ini dia bangun untuk solat subuh.

“Adik bongsu kami, Mohd Rizal ketika itu sedang solat dan terdengar namanya dipanggil oleh emak. Dia segera mendapatkan emak dan mendapati emak jatuh dan tidak sedarkan diri dalam bilik air,” katanya kepada pihak Harian Metro.

Rozaimah yang bertugas di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri Kedah mengatakan bahawa sebaik sahaja melihat keadaan ibu mereka, adiknya tanpa membuang masa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.

“Doktor yang tiba tak lama kemudian mengesahkan emak sudah tiada. Kami segera memaklumkan kepada Ezad dan dia kini dalam perjalanan pulang. Dia sempat balik menjenguk emak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

“Jenazah ibu akan dikebumikan sama tempat dengan arwah ayah iaitu di Tanah Perkuburan Taman Uda, Alor Setar selepas Asar,” katanya.

Sementara itu, semalam merupakan tarikh genap setahun pemergian ayah Ezad iaitu Mohd Lazim Ismail. Ayahnya meninggalkan akibat daripada jangkitan kuman sewaktu usianya 74 tahun.

Dengan pemergian Rosadah, arwah meninggalkan empat orang anak iaitu Rozita, Rozaimah, Mohd Rohaizad dan Mohd Rizal serta 10 cucu, seorang cicit yang bakal disambut kelahirannya pada hujung bulan ini.

Sumber: gempak, Hmetro

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya