Connect with us

#pop

Ibu Nak Bersalin Bergelek Masa Sakit Contractions, Buat Netizen Berdekah-Dekah

Gemuruh, takut, gelisah, teruja. Itulah perasaan yang tertanam dalam setiap wanita dimuka bumi ini apabila detik untuk melahirkan anak tiba. Selama 9 bulan membawa kandungan dalam rahim, menempuhi segala jenis sakit, itulah kekuatan seorang wanita saat mahu bergelar ibu.

Namun fasa yang paling menyakitkan buat para wanita mengandung adalah fasa Contractions. Ianya lumrah apabila seorang wanita menghadapi contractions akan berehat di atas katil menahan sakit, tetapi wanita dari Filipina ini pula lain kaedahnya untuk menahan sakit dari contractions.

Perit menahan contractions, Sempat bergelek dalam bilik

Perkara ini dikongsikan dari semalam, dan tanpa disangka-sangka menjadi tular di seluruh platform media sosial. Hampir mencecah setengah juta tontonan, video rakaman ibu ini mendapat berbagai reaksi netizen.

Video rakaman itu menunjukkan seorang wanita berpakaian lengkap baju bersalin warna biru, mimik mukanya boleh menunjukkan dia dalam keperitan menahan dek contractions. Bukan sahaja berjalan, nak berdiri pun memerlukan semangat dan tenaga yang banyak.

Walaupun menahan perit, sempat wanita itu bergelek di dalam ruangan bilik. Bukan itu sahaja, lagu latarnya turut memecahkan kesunyian dan menambah lagi gelak tawa dari pelayar internet. Macam-macam betul orang zaman kini, ya…

Tak cukup satu video, Aksi main filter muka pun ada

Dalam sebuah lagi video yang dimuat naik, kali ini dia cuma

Selain video wanita itu bergelek, dia juga memuatnaik satu lagi rakaman video. Video itu menunjukkan dia hanya terbaring di atas katil pesakit. Dengan kudrat yang masih tersisa, wanita itu masih berkesempatan melakukan video aplikasi TikTok dengan ‘filter‘ yang mencuit hati.

Rakaman video itu dihujani komen dengan perasaan kagum kerana kekuatan wanita itu yang masih mampu bergelek walaupun menahan perit contractions.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber : Tiktok via Kisah Dunia

Continue Reading

Trending