“Berat pun diorg salah tulis.” – Tertukar Bayi, Ibu Tak Puas Hati Tekad Tuntut Keadilan Anak

Perkongsian pengasas laman web Jamumall.com, Siti Suriani, 23 mengenai kejadian tertukar bayi dialaminya benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Mana tidaknya, kecuaian yang berlaku bukan sahaja menggangu emosi ibu, malahan membuatkan ramai panik apabila menonton live FB berdurasi 2 jam yang dibuat Siti Suriani atau dikenali sebagai Siti Jamumall.

Walau bagaimanapun, dia sudah mendapat semula bayinya yang tertukar dengan satu lagi pasangan dan masing-masing  bercadang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas kecuaian yang berlaku.

Malam ni mesej dengan ibu yg bayi kami tertukar.. Anak siti discharge tk smpai berapa jam. Baru lahir 2.36am lepastu…

Posted by Jamumall.com on Saturday, June 12, 2021

Berat pun salah tulis

Dalam perkongsiannya yang terbaru di ruangan Facebook, wanita itu telah membawa anaknya, Putra Aiman Zafran untuk membuat pemeriksaan  selepas mendapat semula anaknya.

Apa yang dikesalkan, berat yang tertulis di bayinya  salah dan kesan suntikan BCG juga perlu tunggu sebulan atau dua bulan sebelum ia betul-betul kelihatan. Hal tersebut membuatkan perasaannya benar-benar hiba.

“Berat pun diorg salah tulis.” - Tertukar Bayi, Ibu Tak Puas Hati Tekad Tuntut Keadilan Anak

Sudah buat laporan polis

Sehubugan dengan itu, Siti Jamumall telah memuat naik satu gambar menunjukkan dia memegang  laporan polis yang dibuat serta memaklumkan akan  menuntut keadilan sewajarnya untuk anak tersayang.

“Berat pun diorg salah tulis.” - Tertukar Bayi, Ibu Tak Puas Hati Tekad Tuntut Keadilan Anak

Emosi ibu tergangu

Menerusi laporan dari Harian Metro pula, seorang lagi ibu bayi yang tertukar, Diana Hanani Abdullah, 23 memberitahu yang emosinya terganggu susulan dimaklumkan bahawa anak mereka tertukar semasa di hospital.

Diana segera mengambil ‘tag’ nama ibu yang telah dibuang dan mendapati nama tersebut tertera nama ‘Siti Suriani’. Jadi, dia dan suami segera ke hospital untuk membuat pertukaran bayi.

“Saya hanya mengetahui bayi tertukar apabila pihak hospital menghubungi saya malam tadi. Saya sangat terkejut lalu minta suami ambil tanda nama anak yang sudah dibuang dalam bakul sampah dan mendapati tertera nama Siti Suriani.
“Kami terus ke hospital malam tadi. Proses pertukaran semula bayi berlaku dalam suasana penuh emosi kerana sudah menyayangi bayi dijaga seperti anak sendiri,” katanya.

“Berat pun diorg salah tulis.” - Tertukar Bayi, Ibu Tak Puas Hati Tekad Tuntut Keadilan Anak

Pihaknya juga telah membuat laporan polis di balai Polis Saujana Utama untuk tindakan susulan diatas kecuaian tersebut.

Sumber: FB Jamumall.comHarian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.