KOTA KINABALU – Identiti kedua-dua mangsa yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras pada petang Jumaat ketika melintas jambatan di Jalan Kionsom Lama sudah dikenal pasti.
Pemandu kenderaan dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, manakala penumpang dikenali sebagai Juning berusia 30 tahun.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan ketika ini dan kenderaan mangsa ditemui di kawasan Sungai Dambai, Inanam jam 7.20 pagi Sabtu.
Pada 6.15 pagi, enam penduduk setempat melakukan operasi pencarian dan selepas hampir sejam berjaya menemui kenderaan mangsa kira-kira 200 meter dari jambatan Kampung Dambai.
Pasukan bomba yang menggunakan Lori Hicom BHX 619 kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa.
Ketika pasukan bomba melakukan penyelaman, dipercayai terdapat mangsa di dalamnya apabila mereka dapat memegang bahagian bahu dan kepala mangsa, katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Bagaimanapun, Agustavia berkata, mangsa belum dapat dikeluarkan dan usaha untuk melakukan operasi itu sedang dilakukan.
Terdahulu, detik cemas kejadian itu sempat sempat dirakam oleh pemandu yang berada di belakang kenderaan berkenaan sebelum ditularkan di media sosial.
Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, kenderaan berkenaan dikatakan dinaiki dua individu yang didakwa sempat menyelamatkan diri.
Video:
Semoga Allah lindungi mereka tidak kira siapa pun mereka, apa pun agamanya.. Aamiin Ya Allah Aamiin Ya Rabb Aamiin Ya Mujib
Jom sama2 doakan.. janganlah kita komen bukan2 ya.. benda sudah jadi, kita berdoa saja semoga mereka selamat, dan kita pun selamat.. dan hal ini boleh jadi pengajaran untuk kita supaya tidak redah air/banjir..
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily
Sumber: Sinar Dbongkar FBsabahinfo