`Sekiranya Saya Beri ‘Lampu Hijau’ Pun, Kalau Engku Emran Tak Setuju, Tak Jadi Juga` – Erra Fazira

” Saya akan menyokong dan mendorong apa sahaja minat Aleesya…”

Itulah kenyataan bekas Primadona Filem Melayu, Erra Fazira, 47, yang mengatakan bahawa dia tidak akan pernah mengongkong minat anak perempuan kesayangannya, Engku Aleesya Engku Emran, 12 tahun.

Malah Erra berkata, dia akan merestui dan memberkati Aleesya sekiranya ingin mengikut jejak langkahnya sebagai anak seni.

Menurut Erra, Aleesya pernah dilamar untuk menjayakan iklan, tetapi dirinya tidak dapat membuat keputusan, sebaliknya harus mendapatkan keizinan dari ayah Aleesya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

” Sebagai ibu moden, saya tidak mahu menetapkan apa yang boleh dan tidak untuk Aleesya lakukan. Sebaliknya, saya akan menyokong dan mendorong apa sahaja minat Aleesya.

” Sekiranya Aleesya berminat mengikut jejak langkah saya menjadi selebriti sekali pun, tiada masalah kerana saya akan memantau aktivitinya.

” Cuma, dalam apa sahaja perkara membabitkan Aleesya, saya tidak boleh membuat keputusan sendiri. Saya akui, ada sahaja permintaan mengundang Aleesya muncul dalam iklan televisyen, tetapi saya kena bertanya kepada Engku Emran.

” Jika saya memberikan ‘lampu hijau’, tetapi Engku Emran tidak setuju, ia tidak boleh juga. Jadi, apapun kena ada persetujuan bersama,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, kecantikan wajah Aleesya sering kali mendapat perhatian peminat dan ramai yang membandingkannya dengan Erra sewaktu dia berlakon dalam filem Sembilu.

” Rambut dia sama macam watak Wati (watak Erra) dalam filem Sembilu,” kata seorang pengguna Instagram.

Selain filem Sembilu, ada juga pengguna media maya yang menyamakan wajah Aleesya dengan ibunya sewaktu berlakon dalam filem Maria Mariana.

” Baru-baru ini tengok Maria Mariana. Sama betul muka Maria (watak Erra) dengan Engku Aleesya. Cuma kening dia ikut ayahnya,” kata salah seorang pengguna.

Erra ditemu ramah semasa sidang akhbar untuk drama Gerak Khas Undercover secara virtual dengan TV3, baru-baru ini.

Bekas Miss Malaysia World 1992 itu memainkan watak yang sama, tetapi kali ini dinaikkan pangkat sebagai DSP Jeslina.

Katanya, watak kali ini lebih mencabar kerana melibatkan babak di dalam pejabat sahaja. Oleh kerana kurangnya adegan aksi, jadi perlu ada kelainan agar kehadirannya dapat dirasai penonton.

” Disebabkan dinaikkan pangkat, jadi kebanyakan masa saya lebih banyak di pejabat sahaja.

” Bagaimanapun, ada beberapa babak di luar yang memerlukan saya menyamar, namun, setakat ini, saya belum terbabit adegan aksi.

” Selain cabaran memastikan kewujudan saya disedari penonton, saya cuba memastikan lakonan sebagai pelakon lama dan barisan wajah baharu dalam drama ini dapat keserasian.

” Sebenarnya, saya sendiri terkejut apabila Gerak Khas disambung semula, tetapi alasan diberikan penerbit, Datuk Yusof Haslam kenapa drama ini diteruskan memang ada benarnya.

” Drama Gerak Khas sudah begitu sinonim di kalangan penonton, jadi sayang jika habis begitu sahaja,” kata Erra.

Ditanya apakah formula yang digunakan untuk mengekalkan namanya terus menjadi pilihan penerbit untuk memimpin watak utama dalam filem atau drama, Erra berkata, kuncinya adalah disiplin.

” Bagi saya, kunci bertahan lama adalah disiplin. Jangan masuk dalam bidang seni setakat main-main. Pasang niat menyumbang sesuatu kepada industri.

” Dari masa ke masa, perlulah ada peningkatan dalam mutu kerja. Selain itu, kita perlu menjadi orang yang boleh berkompromi dan senang bekerjasama.

” Ada kala, saya tidak tahu adakah orang selesa dengan untuk perkara kecil.

” Aspek kecil ini perlu dijaga kerana ia akan menentukan sampai bila orang senang mahu bekerjasama,” katanya yang pernah memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak tujuh kali.

Sumber:bharian

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.