“Kalau selalu menipu. Cerita betul pun nampak tipu.” – luah warganet

Anak Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tampil mempertahankannya selepas timbul spekulasi mendakwa beliau berpura-pura dimasukkan ke hospital untuk mengelakkan kes rasuahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Nurulhidayah Zahid memuat naik satu rakaman video selama 48 saat di Instagram hari ini yang menunjukkan Zahid ditolak ke bilik pembedahan untuk dibedah sebagai bukti bagi menyangkal spekulasi itu.

“Fitnah di hujung jari. Ini video pagi tadi sewaktu abah (Zahid) dibawa ke OT (bilik pembedahan).

“Saya tergerak hati nak rakamkan secara sembunyi tanpa pengetahuan abah sebab saya tahu ini akan jadi bukti kepada umum bila ia diperlukan.

“Sangkaan saya amat tepat. Belum pun abah selesai di OT, berita fitnah tersebar yang dia sedang ‘berehat’ di hospital untuk elak kes mahkamah.

“Tak masuk akal. Benda sakit ni bukan boleh buat-buat,” katanya di Instagram.

Antara komen netizen:

“Md Fariq Yatiman dia masuk sepital daei ahad lagi.. Arini pembedahan.. Jangan sindir sakit orang.. Sakit kita nanti kita tak tau ” – Mayna Mel

“Ini semua lakonan, rakyat semua dah tahu tektik kotor ni, cepat2 lah dijatuhkan hukuman biar dia rasa ” – Ali Danyal

“Kalau selalu menipu… Crita betul pun nampak tipu… ” – Siti Noor Hassan

“tktau citer sbnr, dr Ahad dh jatuh, hari ni br pg pembedahan. Igt bleh main2 ke. Lau cmtu asl tk saman je doktor yg bg pelepasan tu. ” – Mohammad Kamil Johari

“Tu lah dah banyak kali mengelak hasilnya benda yg betul pun orsng dah tak percaya ” – Yusof Abdullah

“Lain kali jgn nk berlakon lagi.. Kan susah bila org dh x percaya lagi wlaupun btl2 sakit” – Adnan Ali

“Kita percaya aje la ayah kamu sakit. Semoga DSZH cepat sembuh. ” – Mohdnoraob Husin

“Walaupun PM dah bertukar,pertuduhan kes mahkamah tetap tak boleh tukar…..ada arti itu ka? Ayoyoooo kadeawaleaaa ” – Nordin Sidek

47 Pertuduhan Pecah Amanah

Terdahulu, Mahkamah Tinggi dimaklumkan Zahid tidak dapat menghadiri prosiding penghujahan kes rasuahnya kerana beliau dimasukkan ke hospital.

Peguamnya, Hisyam Teh memberitahu hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa Zahid dimasukkan ke hospital Ahad lalu selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh minggu lalu.

Zahid menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi, pengubahan wang dan menerima rasuah untuk pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Mahkamah pada asalnya dijadualkan mendengar penghujahan pada akhir kes pendakwaan hari ini dan dari 6 hingga 9 Sept ini.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.