“Kalau tahu Hari tu..tisu yg berhingus ni Ade harga..xde la sy buang..aduh…rugi tul..” – netizen

Baru-baru ini, dikhabarkan bahawa Lionel Messi telah pun meninggalkan Barcelona didalam satu sidang media khas. Dalam sidang media khas tersebut, Lionel Messi menjelaskan beberapa sebab tentang situasi yang berlaku serta kontraknya. Dia mengatakan, ketika menerima perkhabaran tersebut ia menjadi satu perkhabaran yang sangat sedih dan pilu kerana pada saat itu beliau sudah bersiap sedia untuk menandatangani kontrak baharunya seperti yang dijanjikan.

Beliau juga menzahirkan rasa pilu semasa persidangan tersebut dengan menyatakan bahawa beberapa hari yang lepas, dia memikirkan apa yang harus dia katakan pada hari ini semasa sidang media perpisahan dengan Barcelona.

“Beberapa hari ini, saya memikirkan apa yang harus saya katakan pada hari ini. Hakikatnya, saya tidak mampu memikirkan apa-apa pun. Ini realiti yang pahit untuk saya selepas bertahun-tahun saya disini sepanjang hidup saya. Saya langsung tidak bersedia untuk realiti seperti ini”. 

Tambahnya lagi ;

“Saya sudah berada sini sepanjang hidup saya sejak berusia 13 tahun, selepas 21 tahun kemudian, saya meninggalkan kelab ini bersama ister dan 3 orang anak saya.Saya tidak pernah terfikir pun perkara ini, selepas beberapa tahun, kami kembali ke sini. Ini rumah kami.”

“Saya tidak pernah terbayang untuk mengucapkan selamat tinggal kerana saya tidak pernah terfikir langsung mengenainya. Saya mahu ia dilakukan bersama orang ramai. Ia amat sukar”.

“Saya sudah buat semua perkara untuk saya terus disini. Tahun lepas, saya menyatakan yang saya tidak mahu. Tahun ini, saya mahu terus tinggal disini tetapi tidak boleh”.

Suasana Menjadi Pilu dan Sebak Sehingga Menitiskan Air Mata

Suasana pilu dan sebak semasa sidang media khas perpisahan dengan Barcelona dijalankan menyebabkan Messi menangis semasa berbicara. Sebelum itu, isterinya Antonela Ruccuzzo  telah menghulurkan tisu kepadanya ketika dia mahu mengalirkan airmata.

Tisu Yang Digunakan Messi Dijual Pada Harga RM4.2 Juta

Tisu yang digunakan oleh pemain bola sepak Lionel Messi untuk mengelap air mata semasa sidang media perpisahannya dengan Barcelona kini dijual di laman web atas talian pada harga USD$ 1 juta atau sekitar RM4.2 juta.

“Tisu yang digunakan Messi untuk menghapus air mata pada sidang media perpisahannya dengan Barcelona dijual dengan harga $ 1 juta. Adakah anda mahu membelinya?” tulisnya.

Dilaporkan oleh Gulf Today, difahamkan bahawa seseorang telah mengambil tisu yang digunakan Messi pada sidang media terdahulu. Dia kemudiannya memuat naik gambar tisu tersebut di laman jual beli dalam talian dan menjualnya dengan harga RM4.2 juta.

Penjual itu turut mendakwa bahawa tisu tersebut mengandungi DNA Messi, yang membolehkan seseorang menggunakannya untuk menjadi hebat seperti Messi.

Terdahulu, Messi tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika mengadakan sidang media setelah terpaksa meninggalkan Barcelona. Pada majlis itu, momen romantis ditunjukkan oleh isterinya, Antonela Roccuzzo apabila menghulurkan tisu kepada Messi ketika dia mahu mengalirkan air mata.

Lionel Messi kini secara rasmi telah meninggalkan Barcelona dan memulakan karier barunya di Paris. Pada majlis perpisahan tersebut, turut hadir memberi semangat adalah rakan sepasukan Messi di Barcelona.

 

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.