9 Jenis Pernikahan Yang Dihar4mkan Oleh Islam

Pasti ramai antara kita di luar sana yang hendak berkahwin setelah sekian lama berkenalan dan berusaha mengumpul duit bagi merealisasikan impian hendak bernikah.

Persoalannya, macam mana nak bina perkahwinan penuh berkah dan ada beberapa perkara tentang perkahwinan yang perlu korang tahu dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

Namun bukan semua pernikahan itu dibenarkan dalam Islam. Ada juga bentuk-bentuk pernikahan yang sebenarnya dilarang daripada kita meneruskannya, bagi melindungi diri kita.

Apakah bentuk perkahwinan itu?

1. Nikah Syighar

Nikah syighar berlaku apabila berlaku satu pertukaran atau perjanjian lain, sebelum pernikahan itu boleh berlaku.

Sebagai contoh, lelaki A yang berjanji untuk menikahkan anaknya dengan lelaki B dengan syarat lelaki B perlu menikahkan anak perempuannya dengan lelaki A. Apabila berlaku perjanjian seperti itu, pernikahan tersebut adalah haram di sisi Islam.

Rasulullah SAW bersabda, ” Dari Ibnu Umar RA, ia berkata Rasullah SAW telah melarang nikah syighar, iaitu seorang mengahwinkan anak perempuannya kepada seorang laki-laki dengan syarat laki-laki itu harus mengahwinkan anak perempuannya kepada laki-laki pertama dan masing-masing tidak membayar mahar.” (HR Bukhari dan Muslim)

2. Nikah Tahlil

Nikah tahlil ini adalah nikah yang selalu masyarakat kita gelarkan sebagai kahwin cina buta, di mana seorang lelaki lain berkahwin dengan seorang wanita yang sudah diceraikan talak tiga hanya atas permintaan bekas suami wanita tersebut. Pernikahan ini haram dan talak kepada wanita tersebut masih lagi berjalan.

Suami yang baru disebut muhallil atau orang yang menghalalkan dan suami yang telah menalak tiga disebuat muhallal lahu atau orang yang dihalalkan untuknya. Nikah seperti ini dilarang oleh agama, malah Rasulullah SAW mel4knatnya.

3. Nikah Mut’ah

Nikah mut’ah amat popular di kalangan sesetengah masyarakat kita yang mengamalkannya, kerana pernikahan ini mempunyai kontrak seperti pernikahan selama 1 hari, satu minggu atau satu bulan.

Nikah Mut’ah atau lebih dikenali sebagai kahwin kontrak, iaitu pernikahan dalam tempoh masa tertentu., dimana suami tidak wajib untuk memberikan nafkah dan tempat tinggal kepada isteri, serta tidak mempunyai warisan (anak).

Contohnya, seorang lelaki melakukan perkahwinan dengan akad nikah seperti, “Aku menikahimu selama satu atau satu tahun,” kemudian wanita itu menjawab, “Aku terima”

Nikah Mut’ah ini pada mulanya dibolehkan oleh Rasullah SAW, iaitu apabila terjadinya peperangan yang panjang kerana suami perlu meninggalkan para isteri ke medan perang dan khuatir berlakunya perbuatan z!na, maka dengan itu Rasullah membenarkan nikah ini kerana dianggap darurat dan sifatnya hanya sementara saja.

Dari Rabi’ bin Sabrah dari ayahnya ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda:” Sesungguhnya aku pernah mengizinkan kalian untuk menikahi perempuan secara mut’ah. Sekarang Allah Swt mengh4ramkan hal itu sampai hari kiamat.

Kemudian siapa yang mempunyai isteri hasil nikah mut’ah hendaklah ia melepaskannya dan jangan kalian mengambil sesuatu yang telah kalian berikan kepada mereka.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

4. Nikah semasa tempoh iddah wanita

9 Pernikahan Yang Diharamkan Oleh Islam

Pernikahan semasa tempoh iddah adalah tidak dibenarkan kerana tempoh iddah adalah wajib dipatuhi bagi wanita yang diceraikan atau kematian suami.

5. Nikah dengan orang Kafir

Tidak dibenarkan sama sekali seorang lelaki atau wanita Muslim mengahwini seseorang individu yang bukan beragama Islam. Isu ini timbul kerana wujud beberapa negara yang membenarkan individu Islam di negara itu berkahwin dengan individu bukan Muslim.

Walaupun secara undang-undang, pernikahan itu sah tetapi dari segi hukum, perkara itu bertentang dengan syariat.

6. Nikah dengan saudara seibu susuan.

Jika seseorang itu sudah pun disahkan berkongsi susu dengan seorang wanita, maka sebarang pernikahan di antara kedua-duanya adalah haram untuk diteruskan.

7. Nikah diantara dua individu yang mempunyai nasab

Nasab atau hubungan kekeluargaan membataskan pernikahan jika wujud. Rasanya kita sudah jelas tentang siapa nasab, namun perlu diingatkan yang yang serupa dengan info nombor 6 di atas, ibu susuan seorang lelaki adalah haram untuk dinikahinya.

8. Nikah diantara seorang individu dan gig0lo/pel4cur

9 Pernikahan Yang Diharamkan Oleh Islam

Pernikahan di antara seorang individu dengan individu lain yang diketahui melakukan pekerjaan haram sebagai gig0lo atau pelcur adalah haram kerana pernikahan itu membenarkan zin4 dan ditakuti tidak diketahui siapa ayah kepada anak yang lahir, jika si pelaku itu mengandung.

Walaupun begitu, jika berlaku pernikahan antara seorang individu dengan bekas p3lacur yang telah pun insaf dan berjanji untuk tidak melakukan perbuatan terkutok itu lagi, pernikahan itu dibenarkan.

9. Nikah dengan lebih empat wanita dalam satu-satu masa

Poligami hanya membenarkan seorang lelaki Muslim mengahwini 4 orang wanita secara serentak. Jika lelaki tersebut ingin mengahwini seorang lagi isteri, dia perlu menceraikan salah satu isterinya.

Ini berdasarkan kisah Ghailan bin Salamah yang mempunyai 10 isteri dan ingin kembali pada Islam dan Rasulullah memerintahkan dia memilih 4 orang isteri untuk diteruskan pernikahan mereka.

Nah, sebenarnya banyak benda lagi yang perlu kita belajar. Kadang, kita rasa kita dah cukup faham tentang isu nikah kahwin ni, tapi rupanya ilmu masih cetek.

Tak salah kalau luangkan masa sikit untuk belajar perkara-perkara penting macam ni kan. Barulah rumah tangga lebih berkat. InsyaAllah..

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Iluminasi