Amalkan Diet Telur Rebus, Confirm Cepat Kurus. Elak Kanser Pa¥udara.

Amalkan Diet Telur Rebus, Confirm Cepat Kurus. Elak Kanser Pa¥udara.

Kalau bercakap pasal kurus, sampai esok pagi pun wanita sanggup berjaga. Ramai yang mencari formula nak kurus terutama bagi mak-mak yang lepas bersalin. Dek kerana keghairahan nak kurus, ramai yang terjebak dengan produk pelangsingan. Duit habis beribu tapi badan tak juga kurus.

Daripada dok buang duit guna produk kurus yang belum tentu selamat dan berkesan, lebih baik kita cuba diet yang tengah viral sekarang. Cuba betul-betul diet telur rebus ni, confirm kurus tau.

Ramai dah yang cuba dan akui keberkesanan diet telur rebus. Minggu ini Mingguan Wanita kongsi menu diet seminggu telur rebus. Jom cuba!

Kebaikan telur setengah masak memang kita akui dapat mengekalkan energi sepanjang hari. Tetapi tahukah anda telur rebus juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Ramai yang menolak untuk makan telur rebus kerana rasanya tidak sesedap telur goreng atau setengah masak.

Namun tahukah anda, telur rebus lebih baik untuk kerana mengandungi sekitar 70 kalori, lebih dari 6 gm protein berkualiti tinggi, mengandungi lemak tak tepu dan sejumlah besar vitamin D.

Ternyata telur rebus menyimpan banyak manfaat buat kesihatan. Di dalamnya kaya dengan potassium, zat besi, folik, vitamin E, zink dan protein.

Pengambilan telur rebus juga akan menjaga anda agar tetap kenyang dalam waktu yang cukup lama dan juga dapat mengawal nafsu makan anda.

Isnin

Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: 1 biji epal hijau & roti gandum penuh
Makan Malam: Salad & ayam masak stim

Selasa

Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: salad & ayam panggang
Malam: 2 biji telur rebus, salad dan oren/ limau

Rabu

Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: keju rendah lemak, tomato & roti/ sandwic
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup

Khamis

Sarapan-Buah-buahan &2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup ayam

Jumaat

Sarapan: Buah & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: sup sayur dan 2 biji telur rebus
Malam: Ikan bakar & salad/ ulam

Sabtu

Sarapan-Buah & 2 biji telur
Makan Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup ayam

Ahad

Sarapan-Buah & 2 biji telur
Makan Tengah hari-ayam bakar/ ayam masak stim bersama salad/ sayur
Malam: Sup sayur

Khasiat Telur Rebus

1. Menjaga Kesihatan Mata

Salah satu manfaat dari telur rebus iaitu baik bagi kesihatan mata. Dengan pengambilan telur rebus secara rutin,ia akan memberikan anda banyak ‘karotenoid’ seperti ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’.

‘Karotenoid’ ini memainkan peranan penting dalam melindungi mata dari pada pelbagai masalah kesihatan mata seperti penurunan kemampuan penglihatan yang umumnya terjadi pada orang dewasa.

2.  Kuku Sihat & Kuat

Telur rebus juga mengandung sulfur yang tinggi yang merupakan sumber ideal vitamin D. Mineral, anti oksidan dan vitamin D yang terdapat di dalamnya mampu membantu menjaga kesihatan dan kekuatan kuku agar tidak mudah patah.

3. Meningkatkan Kesihatan Otak

Pengambilan telur secara rutin juga dapat membantu meningkatkan kesihatan otak. Ini adalah kerana telur rebus adalah sumber ‘choline’ yang baik, iaitu zat yang diperlukan untuk menjaga fungsi otak.

Dengan pengambilan ‘choline’ yang terdapat di dalam telur juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer.

4. Turunkan Berat Badan

Masih ramai yang tidak tahu telur rebus dianggap efektif dalam membantu menurunkan berat badan. Selain itu, telur rebus juga mengandungi 80 kalori dan kaya akan protein yang sangat sesuai diambil bagi anda yang sedang diet.

Dengan pengambilan telur, anda tidak perlu bimbang kehilangan nutrisi dari makanan.

5. Baik Untuk Tulang

Telur rebus mengandungi vitamin D yang tinggi yang dapat membantu penyerapan kalsium dan mengawal peningkatan kalsium dalam darah.

Ambillah telur rebus secara rutin kerana dipercayai dapat membantu tulang menjadi semakin kuat dan terhindar dari penyakit osteoporosis.

6. Elok Untuk Darah

Pengambilan telur secara rutin juga dipercayai dapat membantu kesihatan jantung. Selain mencegah terjadinya pembekuan darah, secara tak langsung pengambilan telur rebus ini juga dapat mencegah risiko saluran pembuluh darah tersebut serta risiko diserang strok.

7. Cegah Risiko Kanser Payudara

Telur rebus juga boleh menjadi sahabat yang baik buat para gadis atau wanita dalam soal menjaga kesihatan payudara. Ini adalah kerana telur rebus dianggap mampu membantu menurunkan risiko penyakit payudara terutama kanser payudara.

Selepas ini, sesiapa yang nak kuruskan badan melalui diet boleh cuba amalkan makan telur rebus sebagai pengganti nasi. Confirm boleh dapat berat badan ideal – Wanita