“Bahang api neraka yang membara terasa menyambar muka” – Irma Hasmie berpesan tentang melengahkan solat

Sejak adanya media sosial, ia menjadi satu wadah buat golongan alim ulamak atau selebriti mennggunakannya untuk tujuan menyebar dakwah kepada masyarakat. Perantara secara terus menerus ini menjadikan ia cara paling mudah mengajak umat manusia membuat kebaikan dan meninggalkan segala laranganNya.

Salah seorang selebriti yang aktif menggunakan cara ini adalah Irma Hasmie. Baru-baru ini dia ada memuat turun status bagi mereka yang sengaja melewatkan solat.

Perkongsiannya ini dibuat dalam dua status berasingan dan mendapat reaksi postif follower. Hukumannya memang cukup menakutkan apabila seseorang itu akan diseret tubuhnya ke neraka selama 70 tahun. Subhanallah.

Menurut Irma, kisah disampaikan di laman instagramnya itu adalah petikan dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Faqih Razak semasa menyampaikannya di Masjid Tanjung Piandang.

Walaupun Solat 5 Waktu Tetapi malaikat akan tetap Menyeret kita Ke Neraka Jika Melakukan “INI”…

Sekadar renungan dan peringatan bersama…. Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang2.

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya.

Tak Pernah Tinggal Solat, Rajin Bersedekah

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.

Para malaikat terus mengheret dia. Dan… mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…

Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka” 

Dibakar Api Neraka Selama 70 Tahun

Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
“Solat saya? Solat saya? Doa saya?” Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.

Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba2 terasa tangannya diraih oleh satu lengan.

Kerana Laksanakan Perintahnya Di Saat Akhir

Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.

Lelaki itu kelihatannya sangat daif.
Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu: “Siapakah anda?” Orang tua itu menjawab: “Aku lah solat anda” “Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa…?.”

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata: “Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!” “Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu..

“Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu. “Awak ingatkah itu semua??” Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur…

Mendapat Petunjuk Dari Yang Maha Benar

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan…

Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan2 anda. Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah2kan solat lagi…. (-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang)

Ramai yang memberi komen berterima kasih atas perkongsian ini dan ramai juga yang mahu sharing ilmu yang dicurahkan oleh selebriti cantik ini.

Rata-rata berterima kasih kepada Irma atas ingatan dan nasihat yang sangat berguna. Mereka turut mendoakan Irma sentiasa di rahmati Allah di dunia hingga ke syurga.

@riyaniani1911 : Subhanallah…masya Allah…terima kasih Irma atas peringatan dan nasihat yg sangat2 berguna buat kami semua…semoga irma sentiasa d rahmati Allah d dunia hingga ke jannah…

@fyra_jelithainspire :Thanks for sharing@irmahasmie…semoga kita semua berada di dalam peliharaan Allah swt, in shaa Allah. Aamiin..

@miss_emmaay :allahu perkongsian yg sungguh bermakna

@raz_inahf : thank you for sharing

KREDIT : INSTAGRAM IRMA HASMIE