Cara Mudah Buat ‘Sticker’ Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

Penggunaan WhatsApp boleh dikatakan sebagai aplikasi WAJIB yang mesti ada bagi sesiapa yang memiliki telefon pintar. WhatsApp merupakan cara paling mudah dan jimat untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan cara menghantar mesej, video, gambar, audio dan sebagainya.

Malah, WhatsApp juga ‘meriah’ dengan pelbagai jenis grup bagi memudahkan lagi urusan untuk berhubung.

WhatsApp pada hujung Oktober yang lalu telah sedia menawarkan ciri pelekat untuk menceriakan lagi perbualan pengguna mereka.

Pelbagai jenis pelekat ditawarkan dan tidak cukup dengan itu, platform pemesejan pesaing yakni Telegram, turut menyediakan pelekat khusus untuk pengguna WhatsApp.

Namun, jika pelekat-pelekat yang disediakan tidak cukup memuaskan hati anda, anda boleh mencipta pelekat dengan wajah anda, ahli keluarga mahupun kenalan yang lain.

Cara Mudah Buat 'Sticker' Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

Caranya sangat mudah. Pastikan anda memuat turun dua aplikasi ini; Background Eraser dan Personal Stickers for WhatsApp.

Sudah muat turun? Ikuti langkah mudah berikut.

1. Buka aplikasi Background Eraser dan masukkan gambar yang dikehendaki untuk padam latarbelakang.

Cara Mudah Buat 'Sticker' Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

2. Setelah siap padam latarbelakang, klik Save untuk simpan gambar tersebut.

Cara Mudah Buat 'Sticker' Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

3. Sesudah itu, buka pula aplikasi Personal Stickers for WhatsApp dan ia akan mengesan gambar yang anda proses sebentar tadi secara automatik. Sekurang-kurangnya tiga gambar diperlukan ya.

Cara Mudah Buat 'Sticker' Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

4. Tekan butang Add dan anda kini boleh sertakan pelekat dengan wajah pada perbualan WhatsApp.

Cara Mudah Buat 'Sticker' Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

Senang kan? Ok dah boleh cari gambar-gambar pelik rakan anda dan ceriakan lagi grup WhatsApp yang sunyi itu.

Sebenarnya, fungsi WhatsApp bukan sekadar ini sahaja. Ada 6 fungsi cara nak guna aplikasi WhatsApp yang masih ramai tak tahu. Jom belajar trik ini.

#1. Invisible

Jika tak suka orang nampak ketika online, atau nak sembunyikan status ‘last seen’ guna cara ini:

Android: Menu > Settings > Account > Privacy.
iOS: > Settings > Privacy

Dengan cara ini, anda tetap boleh ‘online’, tetapi orang tak nampak kehadiran anda online.

Cara Mudah Buat 'Sticker' Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

#2. Highlight Mesej

Nak bagi orang nampak dan lebih jelas dengan apa yang kita nak sampaikan, bukan hanya dengan emoticon sahaja. Tapi boleh juga buat cara ini;

Kalau italics, letak underscore _ sebelum dan selepas perkataan _text_ .
Kalau nak bold. Letak * sebelum dan selepas perkataan *text*
Kalau nak strikethrough type, letak twiddles sebelum dan selepas perkataan ~message~.

Cara Mudah Buat 'Sticker' Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

#3. Nak Spam Mesej atau Broadcast Mesej

Tak semestinya kena buat WhatsApp group kalau nak sampaikan mesej. Sebenarnya boleh je hantar sekali banyak mesej kat personal WhatsApp diorang.Contohnya seperti ini;

Cara Mudah Buat 'Sticker' Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

#4. Macam mana nak tahu kalau dah kena blocked ?

1.Orang tu tak ada profile picture.
2.Tak boleh nampak bila dia online atau last seen.
3.Semua mesej yang dihantar akan ada satu tick je.
4.Bila buat whatsapp group tapi tak boleh invite orang tu.

Cara Mudah Buat 'Sticker' Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

Hah cuba check contact chat, pernah tak kena blocked?

#5. Mana nak cari balik mesej yang penting ?

Selalunya dekat WhatsApp group ada beratus mesej yang dihantar dan kadangkala ada benda penting yang perlu diambil perhatian.Kalau nak scroll satu persatu mesej-mesej tersebut memang makan masa dan biasanya susah nak jumpa semula.Cara mudah nak atasi masalah ini,starred kan je mesej tu. Tekan kat text tu lama, sampai dia keluar pop out. Then click simbol star. Mudah kan!

Cara Mudah Buat 'Sticker' Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

#6.Elak ‘Storage Capacity’ Cepat Penuh

Hah, ni trik yang paling bagus bagi sesiapa yang ada memori smartphone yang sikit.Sebab kebiasaannya jika tak buat setting ini, WhatsApp akan muat turun semua media yang dihantar secara automatik. Tak kira lah ia diperlukan atau tidak. Ia akan membuatkan memori phone cepat penuh. Dengan ikut trik ini, anda sebenarnya boleh memilih jenis media yang anda mahukan sahaja.

Anda boleh turn off media autosave dengan cara ini;

Android: Settings > Data Usage
iOS: > Settings > Data and Storage Usage > Media

Cara Mudah Buat 'Sticker' Wajah Anda Di Aplikasi WhatsApp

Selamat Mencuba!

Sumber dari Media Hebat