Ingatkan Sakit Kepala Biasa. Remaja Meningg*l Secara Mengejut Selepas 2 Minggu

Kita semua mesti pernah rasa sakit kepala, kan? Kalau time sakit kepala tu, telan panadol dua biji then rehat or tidur. Lepas tu kita biar je, dua tiga jam lagi okey la tu. Lelaki ni buat benda yang sama macam kita semua, tapi tak sangka something yang sangat tragik dah terjadi kat dia.

Namun, sakit kepala yang dialami perlu dikenal pasti sama ada seraangan yang dialami itu biasa atau bahaya.

Tidak dinafikan ada sakit kepala tidak membahayakan tetapi sesetengahnya boleh menyebabkan ben©ana atau sesuatu yang lebih teruk sehingga menjejaskan rutin harian sekiranya tidak ditangani.

Apa yang penting adalah mengenal pasti apakah jenis sakit kepala yang menyerang anda sama ada ia boleh membahayakan kesihatan atau sebaliknya.

Menurut Definetely Philifino, seorang lelaki dikenali sebagai Patrick Mendoza telah meningal dunia kerana sakit kepala dan beberapa komplikasi kesihatan yang lain. Kakak Patrick, Jovelyn nak beri amaran kepada orang ramai tentang apa yang jadi kat adik dia, so dia upload pasal ni di Facebook.

Ingatkan Sakit Kepala Biasa. Remaja Meninggal Secara Mengejut Selepas 2 Minggu

Jovelyn dan Patrick ni dua-dua kerja kat sebuah kilang di Korea Selatan. Mula-mula Patrick ni cuma sakit kepala dan demam. Dia sure yang ni bukan la serious sangat, so dia pergi terima suntikan dan ambil ubat kat klinik.

Baru empat hari sembuh, tiba-tiba Patrick jatuh sakit lagi sekali. Tapi dia tak nak la kena tahan kat hospital sebab dia rasa tu sakit kepala biasa je. Takkan la sakit kepala pun nak kena tahan kat wad, betul tak?

Itu lah yang Patrick fikir sampailah tiba-tiba esok tu dia sawan sampai tak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital.

Ingatkan Sakit Kepala Biasa. Remaja Meninggal Secara Mengejut Selepas 2 Minggu

Ingatkan Sakit Kepala Biasa. Remaja Meninggal Secara Mengejut Selepas 2 Minggu

Lepas dah bagi suntikan dan macam-macam ubat, Patrick still tak bertambah baik. Disebabkan keadaan dia yang makin kritikal, Patrick ditempatkan kat Unit Rawatan Rapi (ICU).

Apa yang mengejutkan, Patrick rupanya ada penyakit encephalitis, sejenis penyakit keradangan dalam otak yang disebabkan virus.

Ingatkan Sakit Kepala Biasa. Remaja Meninggal Secara Mengejut Selepas 2 Minggu
Ingatkan Sakit Kepala Biasa. Remaja Meninggal Secara Mengejut Selepas 2 Minggu
Ingatkan Sakit Kepala Biasa. Remaja Meninggal Secara Mengejut Selepas 2 Minggu

Siapa sangka benda yang kita selalu pandang remeh macam sakit kepala boleh membawa kepada perkara yang lebih bahaya. Ini kerana sakit yang kita rasa sikit tu mungkin petanda kepada penyakit yang lebih teruk dan boleh menyebabkankematian.

Kenal pasti kategori serangan

Pakar Neurologi Pusat Perubatan Sri Kota, Dr Hasnur Zaman Khan, berkata terdapat dua jenis sakit kepala iaitu primer dan sekunder.

Dr Hasnur berkata, sakit kepala sekunder pula mesti dikenal pasti kerana akan menyebabkan sesuatu yang bahaya dan boleh menyebabkanmaut sekiranya tidak dirawat.

Migrain yang lazim dialami oleh kebanyakan orang adalah jenis sakit kepala jenis tekanan dan kluster.

“Sakit kepala jenis tekanan adalah paling kerap menyerang sesiapa saja,” katanya.

Beliau menjelaskan, kebanyakan orang keliru antara migrain dan sakit kepala jenis tekanan yang lazimnya tidak begitu teruk, berbanding sakit kepala akibat migrain yang boleh menjadi teruk sehingga muntah.

“Sakit kepala jenis sekunder boleh berlaku secara tiba-tiba.

“Bagi penghidap tekanan darah tinggi serta tidak pernah mengalami sakit kepala yang teruk, mereka perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Ini kerana sakit kepala berkenaan berkemungkinan berpunca dari salur darah yang bergumpal di dalam otak yang boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan,” katanya.

Info: Bagaimana mengenal pasti migrain:

* Sakit kepala berdenyut denyut

* Sakit membabitkan satu kepala atau separuh kepala

* Dikaitkan dengan loya dan muntah

* Sensitif kepada cuaca persekitaran, terlalu panas atau terlalu bising

* Sakit kepala mula terasa apabila melakukan aktiviti luar kebiasaan seperti menaiki kereta untuk perjalanan jauh dan tidur lewat.

* Sesetengah pesakit nampak titik titik atau corak zig zag sebelum sakit bermula.

* Sesetengah orang tidak sakit kepala tetapi hanya nampak titik titik, zig zag, silau (okular migrain).

* Rasa berpusing pusing (vestibular migrain)

* Sakit kepala ketika datang haid.

Kaedah Rawatan:

Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal dengan:

* Anti migrain

* Perubahan gaya hidup (contoh: memakai cermin mata gelap ketika berada di bawah cahaya matahari)

* Memastikan rutin dijalani tidak banyak berubah seperti waktu tidur yang tetap.

Sakit kepala jenis tekanan:

* Kadar kesakitan: ringan sehingga sederhana.

* Serangan lazimnya berlaku di sebelah petang.

* Tidak menjejaskan kualiti hidup.

Kaedah Rawatan:

-Paracetamol

-Profilaksis untuk mengawal serangan.

Sakit kepala jenis kluster:

* Kadar kesakitan: sangat sakit

* Jarang berlaku dengan purata 0.1 peratus.

* Serangan datang dalam bentuk tetap, contohnya pada Mac dan April.

* Pendarahan yang besar boleh menyebabkan edema atau bengkak. (perlu dibedah bagi mengelakkan kesan buruk termasuk maut).

Sakit kepala yang memerlukan pemeriksaan lanjut:

* Sakit kepala disertai demam sehingga lima hari (berkemungkinan berpunca daripada tibi, meningitis atau difteria)

* Meracau-racau.

* Sakit kepala lebih dua hingga tiga minggu tanpa demam.

So korang kalau rasa pening kepala tu, jangan makan panadol je tau, better pergi jumpa doktor cepat-cepat okay!

Sumber dari BeritaHarian