Isteri nekad cerai suami asyik hadap phone berbanding anak dan isteri.

Penat seharian di tempat kerja belum habis lagi. Jadi bila dah sampai di rumah mestilah kita nak bermanja dengan suami. TAPI suami sibuk dengan hp dia 24/7 dan buat-buat tak nampak isteri depan mata ini.

Fuh, siapa yang tak angin kan? Bila malam la kita nak bersembang dengan suami, mungkin boleh kongsi apa-apa cerita. Ini tak, si dia asyik duduk pandang skrin hp dia memanjang! Memang bikin panas dan isteri boleh naik hantu!

Suami, kamu tahu tak sikap sebeginilah yang boleh merobek alam rumah tangga ke lembah kebinasaan dan perceraian? Apakah anda sanggup berpisah dengan isteri dan anak-anak, kemudian menyesal dan menuntut hak penjagaan anak.

Ewah, masa anak ada depan mata tak perdulikan pula! Ikuti luahan seorang isteri ini, anda pasti faham mengapa suami sibuk dengan hp merosakkan rumah tangga sendiri…

Isteri nekad cerai suami asyik hadap phone berbanding anak dan isteri.

Bila berumahtangga, jangan terlalu lebihkan aktiviti sendiri sehingga anak dan isteri/suami rasa diabaikan. Perlu bijak membahagikan masa atau paling tidak pun, ajak keluarga sertai aktiviti itu, sekali gus dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

Aku benci dengan cuaca dingin. Sedingin perkahwinanku kini.

Dalam hidupku kini terasa kosong, sepi dan hampa. Jika dulu ada suami yang tidur di sebelahku. Menemani tidur ku saban malam. Tapi kini ia terbiar kosong. 

Aku bersendirian bangun menuju ke bilik tidur. Suami sibuk main hp. Main Wechat, Whatsap, lihat-lihat gambar di Facebook, main game dan macam-macam lagi yang ada dalam hpnya. 

Kami sudah berkahwin hampir 16 tahun. Malah aku sanggup berpindah mengikutnya dari satu negeri ke negeri yang lain. Akhirnya cinta kami semakin bercambah dari masa ke semasa bermula ketika zaman remaja, berkahwin dan kini sudah bergelar suami isteri serta punya anak bersama. 

Tapi kini, semuanya sudah berubah dan aku tidak yakin aku kuat menghadapinya kerana suami sibuk dengan hp malah dia seolah-olah tak boleh hidup tanpa hp. Nampak macam ketagih!

Suami sibuk dengan hp dan sosial media

Bila bangun pagi, benda pertama yang akan dilihatnya adalah HP bukannya isteri mahupun anak. Bahkan ia berlarutan saban hari.

Dia menghabiskan waktu dengan melihat Facebook dan bukannya bersembang denganku atau bermain dengan anak-anak. 

Ketika waktu malam, dia sibuk menonton video berjam-jam tanpa pedulikan kami anak beranak. Malah, sikap buruknya itu tidak berhenti setakat itu malah menurut temannya, dia selalu berbual di telefon ketika bekerja dan ketika sedang memandu kereta.

Lebih bertambah parah, dia menggunakan laman sosial Facebook untuk berbual-bual dengan rakan-rakannya tapi bila berhadapan senyap seribu bahasa.Bukan hanya pada diriku perlakuannya ini tapi dia juga membuat perkara yang sama pada anak perempuan kami.

Hingga anak terpaksa meminta untuk berbual dengannya supaya si ayah memberi perhatian.

“Ayah, janganlah main telefon”. Anak perempuan kami sering meminta ayahnya berbuat demikian tapi tidak diacuh. Tapi sayang, suamiku tidak melihat ini sebagai masalah dan berfikir aku terlalu emosi dan mengada-ngada inginkan perhatian.

Hal ini menyebabkan kami sering bertelingkah dan berselisih faham. Percayalah, ini adalah lebih menyakitkan dan aku dapat rasa ada wanita lain di dalam telefonnya.

Luahan Suami Menyesal

“Aku rasa dah tak nak hidup di muka bumi ini bila isteri aku dah failkan surat cerai. Aku dah pujuk rayu pergi ke tempat kerja dia. Aku kejar dia bila aku ternampak dia keluar pergi ke pasar minggu, tetapi tak sempat cari dia dah hilang. “Tolong bagi kata-kata semangat kat aku.

Aku perlukan nasihat. Aku sayang isteri aku. Dah 10 tahun kami bersama,” luah si suami di Fb Kisah Rumah Tangga. Berdasarkan gambar screenshot perbualan WhatsApp yang dikongsikan, benar si suami cuba memujuk isterinya untuk kembali bersama, biarpun terpaksa menghubunginya 100 kali dan panggilan itu langsung tidak dijawab.

Dalam ayat pujuk rayu, si suami juga menggunakan alasan anak mereka dan meminta isteri usah terlalu ego. “Cayang fikirlah masak-masak, kita ada anak. Kalau kita cerai, mesti anak sedih tanya ‘papa pergi mana/mama pergi mana?’.

B faham perasan ini semua sebab ego sahaja,” katanya. Setelah diberi ayat seperti itu, si isteri tampil menjelaskan apa sebenarnya kesilapan suaminya yang menyebabkan dia bertindak sedemikian. “Setiap kali B balik kerja, B cuma hadap phone.

Cayang duduk kat sebelah B, tapi B tak hirau. B biar cayang jaga anak seorang diri. B biarkan cayang berbual seorang diri. “B yang ajar cayang hidup tanpa B. B ada tapi macam tak ada. Cayang dah nekad nak berpisah. Assalam,” balas si isteri.

Hati isteri mana yang sanggup tinggal bersama suami yang enggan melayani isterinya sendiri. Tatkala diajak berbual, situasi menjadi seperti bercakap dengan dinding. Hendak diluah perasan, dinding pula bukannya pandai memberi respon.

Isteri nekad cerai suami asyik hadap phone berbanding anak dan isteri.

Sekian lama dalam keadaan seperti itu membuatkan si isteri berasa tiada bezanya hidup ada atau tiada suami yang mendorong dia membuat keputusan untuk berpisah sahaja. Sementara itu, netizen mengandaikan si suami mungkin masih ada peluang kerana masih ada panggilan ‘B’ dalam mesej yang dibalas.

Suami Asyik Dengan Handphone, Abaikan Keluarga – Isteri Menangis Minta Nasihat Ustaz & Ini Jawapannya

Menjadi seorang suami merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar bertindak sebagai pemimpin keluarga. Suami juga bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan isteri dan anak-anak.

Di seminar keluarga sunnah, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerima paling banyak soalan daripada wanita dan ramai yang menangis bertanyakan soal bagaimana mahu menarik perhatian suami supaya tidak leka dan sibuk dengan handphone sahaja sehingga mengabaikan keluarga. Suami asyik dengan phone, sampai rumah terus pegang phone & kemudian keluar

Semasa keluarga sunnah soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok hp 8mlm sampai 2 pagi.

Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam. Sampai rumah sibuk pegang hp. Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut.

Isteri nekad cerai suami asyik hadap phone berbanding anak dan isteri.

Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur. Suami main gadget. Isteri dah macam orang gaji . Takde langsung bantu kerja rumah. Takde langsung nak gurau-gurau dengan anak. Isteri macam orang gaji.

Tidak dibelai, disayangi dan diberi perhatian.. Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diambil diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai akhir hayat.. ya Allah bantulah wanita yang diuji begini. Buat suami, belilah buku hadis dan baca bersama isteri

Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Beli buku hadis di kedai dan baca bersama isteri dan anak-anak.

Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang.. rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi penghuni langit. Beli dulang makan bersama-sama, suap isteri & anak-anak . Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali.

Suapkan isteri dan anak-anak.. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.

Beli bag, simpan handphone & manggakan. Beli kain kapan balut TV waktu maghrib. Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga..Allah merahmati keluarga berkasih sayang.

Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur. Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30mlm. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta’lim dan Majlis ilmu..

Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak. Suka cuci tandas. Suka khidmat. Suka khidmat anak-anak. Suka mudahkan urusan isteri. Suka dahulukan orang lain atas diri sendiri.

Inikan pula isteri kita.. sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak. Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi saw sahabat rhum dan kisah teladan. Belai isteri dan ucap terima kasih atas pengorbanan . Setelah itu belai isteri.

Picit dan peluk mereka dan ucap i love u sayang. Terima kasih jadi isteri tercinta. Yang setiap hari berkorban. Seorang ketua tidak akan tidur sehingga memastikan semua ahli keluarganya dengan lena.. Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini.

Menangis depan Allah. Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada Allah. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kuramg 2 rakaat dan Solat subuh awal waktu- ebit lew & Airis HayFarayqal di Matrade Keluarga Sunnah.

Sumber: Ebit Lew via Malloc Network