Jamu Kurus Homemade, Telan Pagi dan Malam. Berebut Angin Keluar. Cubalah..

Tentunya jamu kurus buat sendiri ini lebih mak-mak yakini sebab berasaskan bahan alami yang memang ada dekat dapur rumah sendiri. Tak guna pun campuran pelik-pelik.

Cara buat jamu kurus homemade ini dikongsikan Suziana Sz. Katanya, disebabkan ramai yang dah menegur dirinya yang nampak semakin kurus. Dia pun kongsikan petua yang diamalkan.

Padahal baru je try jamu homemade ini. Angin keluar berbut-rebut. Yang rajin boleh cuba ya.”

Jamu Kurus Homemade, Telan Pagi dan Malam. Berebut Angin Keluar. Cubalah..

Bahan-bahan Jamu Kurus Homemade

  • 7 sudu besar halba
  • 7 inci halia
  • 7 ulas bawang putih
  • 11/2 sudu besar lada hitam

Ini Cara Membuat

  1. Sagai (masak tanpa minyak) halba & lada hitam. Tumbuk halia & bawang putih. Kisar kering semua bahan.
  2. Gentel kan jadi bulat-bulat. Guna kan sedikit air. Simpan peti ais.

Cara Penggunaan

*Saya makan 1 biji pagi, 1 biji malam sebab besar. Lebih pun boleh. Telan guna air je sebab jamu ni lembut.

Jamu Kurus Homemade, Telan Pagi dan Malam. Berebut Angin Keluar. Cubalah..

Antara Khasiat Halba

Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kat rumah.

Rasulullah saw bersabda :

Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas‘(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah S.A.W menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah S.A.W kemudiannya bersabda

Gunakanlah Halba sebagai ubat‘( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

Jamu Kurus Homemade, Telan Pagi dan Malam. Berebut Angin Keluar. Cubalah..

Kegunaan Lain Halba

  • 1. Diminum sebagai teh untuk
  • – Melancarkan haid
  • – Menghilangkan kembung,sebu dan senak
  • – Pencuci perut
  • – Menguatkan jantung
  • – Menghilangkan lender tekak
  • – Melegakan sakit kepala/ migraine
  • – Membuang angin
  • – Menyembuhkan buasir
  • – Senggugut
  • – Merangsang rahim
  • – Kegemukan
  • – Kurang berat badan
  • – Mengawal kencing manis
  • – Radang kulit dan bisul

 

  • 2. Teh Halba + Madu
  • – Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • – Anemia

 

  • 3. Untuk anak-anak yang baligh
  • – kecergasan
  • – kekuatan badan
  • – Tumbesaran

 

  • 4. Untuk ibu menyusu
  • – Banyakkan air susu

 

  • 5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

√    Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

√    Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara orang Melaka. Juga untuk stamina, kecergasan dan untuk menstabilkan gula dalam darah. Sesiapa yang ada masalah diabetes boleh juga cara ni.

Petua Makan Halba Untuk Mereka Yang Ada Masalah Diabetes

Goreng halba tanpa minyak – jangan plak sampai hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum.

Jika diamalkan selalu, Insya-allah dapat membantu. (Daripada minum Coke yang tak ada khasiat)

Jamu Kurus Homemade, Telan Pagi dan Malam. Berebut Angin Keluar. Cubalah..

Mana Nak Dapatkan Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;

Cina: Hu Lu Ba

Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)

Tamil : Vendayam

sharing is caring.

Sumber/Foto : Suziana Sz